Artikel Pilihan

TOYOTA SUPRA MANUAL HIBRID MUNGKIN DALAM PEMBANGUNAN

Toyota mungkin agak lambat dalam pembangunan kereta elektrik, namun Toyota ada banyak kenderaan berkuasa petrol elektrik dalam pelbagai jenis dan juga varian. Namun kebanyakan sistem hibrid peltrol elektrik yang dihasilkan oleh Toyota adalah dalam varian automatik.

Namun satu fail paten yang terbocor menunjukkan Toyota mungkin akan menghasilkan satu sistem hibrid petrol prestasi tinggi dengan transmisi manual 6 kelajuan. Ia bukanlah kali pertama sistem transmisi manual digunakan untuk kenderaan hibrid kerana Honda telah menghasilkan model Honda CR-Z pada tahun 2011

Paten ini telah difailkan pada bulan Ogos 2021 dan hanya didedahkan kepada umum pada bulan Februari 2023. Apa yang bagus berkenaan dengan sistem ini ialah, sistem ini tidak menggunakan rekaan “clutch by wire” tapi akan memutuskan semua sambungan klac dengan pedal mekanikal dan juga 3 sistem klac hidraulik

Sistem ini merangkumi satu silinder master hidraulik dengan 2 silinder hidralik klac yang akan digunakan untuk menerima input daripada pemandu dan juga input daripada sistem ECU enjin. Sistem ini jga membolehkan ECU memutuskan sambungan klac berdasarkan situasi pemanduan, ketika operasi Start/Stop dan membenarkan enjin dimatikan ketika tiada kuasa enjin diperlukan

Disebabkan sistem ini menggunakan rekaan injap hidraulik, pemandu boleh “override” keputusan ECU dengan menekan klac dan juga satu mode pemanduan SPORT yang akan menyahaktifkan satu sistem hidraulik daripada ECU.

Berbeza dengan kebanyakan pengeluar yang memberikan tumpuan sepenuhnya pada kenderaan berkuasa elektrik, Toyota pula meletakkan halatuju mereka pada enjin pembakaran dalam, trenkuasa sel hidrogen, bateri solid state bagi teknologi hibrid dan membangunkan transmisi manual untuk kereta elektrik.

Toyota mungkin sedar sistem transmisi tunggal yang sedang digunakan oleh kereta elektrik sekarang adalah paling efisyen dan apa yang mereka mampu bat ialah menyuntik “DNA keseronokan” pada kereta masa depan bagi memastikan produk mereka sentiasa menarik perhatian peminat dunia permotoran

Google ads
Back to top button