Buletin

TOYOTA SUPRA EV BAKAL BERADA DI PASARAN SEAWAL TAHUN 2026

Setelah bertahun-tahun peminat Supra membuat spekulasi, kini BestCarWeb mendedahkan bahawa kereta sport ikonik itu akan hadir sebagai EV dan dijangka berada di bilik pameran seawal tahun 2026.

Laporan itu mendakwa bahawa pengeluaran Supra spesifikasi GRMN semasa akan diteruskan sehingga 2025 dan versi ini adalah model dengan enjin pembakaran terakhir sebelum beralih kepada elektrik.

GR spesifikasi GRMN menampilkan enjin 3.0 liter enam silinder 3.0 liter turbo berkembar BMW, ditala untuk menghasilkan 542hp.

Meskipun Supra semasa adalah kereta sport yang sangat baik, tetapi model semasa terlalu banyak persamaan dengan BMW Z4 hingga pengeluar kereta Jepun itu melancarkan varian transmisi manual enam kelajuan.

Walaupun ia menambah pengalaman pemanduan jentera berkenaan, tetapi secara keseluruhannya, varian manual enam kelajuan tidak mengubah kereta sports yang baik menjadi luar biasa.

Untuk Supra generasi baharu, ia dikhabarkan bakal mengekalkan susun atur pacuan roda belakang model semasa dan menggunakan platform terkini, e-TNGA.

Sangat sedikit yang diketahui tentang Supra baharu tetapi apabila berada di pasaran kelak, ia boleh menjadi saingan rapat kepada Alpine elektrik sepenuhnya.

Adalah selamat untuk mengatakan Supra baharu akan lebih berkuasa berbanding Supra semasa dan berkemungkinan akan jadi lebih mahal.

Meskipun kita menjangkakan banyak kontroversi yang akan timbul, Supra elektrik sepenuhnya ini pastinya dinanti-nantikan oleh peminat Supra.

Google ads
Back to top button