Artikel PilihanBuletin

TOYOTA TERCEL, INI NENDA VIOS DAN YARIS

Toyota Motor Corporation mempunyai banyak model yang dikeluarkan namun lebih dikenali dengan beberapa model utama.

Di antara model tersebut ialah Hilux, Camry, Corolla, Yaris yang mana model ini dijual di banyak buah negara di dunia.

Model-model lain juga popular tetapi lebih kepada pasaran setempat atau serantau. Contohnya Alphard dan Vellfire begitu terkenal di Malaysia tetapi belum tentu digemari di negara Eropah.

Itu belum dikira lagi dengan model kereta kecil (kei-car) yang khusus untuk pasaran Jepun.

Di dalam menggali khazanah klasik keluaran Toyota, kami terjumpa dengan Toyota Tercel.

Satu nama asing di Malaysia tetapi sebenarnya mempunyai sejarah panjang termasuk dipasarkan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Tercel sebenarnya adalah ikon penting buat Toyota kerana ia adalah model pertama yang menggunakan pacuan roda depan.

Tercel mula dipasarkan pada tahun 1978 dan mempunyai lima generasi sebelum ditamatkan pada tahun 1999.

Tercel membawa maksud satu pertiga dalam bahasa Latin dan ia menggambarkan saiznya yang lebih kecil daripada Corolla.

Toyota Starlet S

Dari segi posisi model, Tercel berada di antara Starlet dan Toyota.

Pada 19 September 1990, Toyota memperkenalkan Tercel generasi keempat dalam dua jenis badan iaitu hatchback dan sedan.

Model baharu ini dibangunkan bagi mewujudkan keserasian sempurna untuk gaya hidup baharu dan semangat keremajaan pada era 90an.

Menggerakkan Tercel ialah tiga pilihan enjin untuk pembeli iaitu 1.3L (4E-FE), 1.5L (5E-FE) dan 1.5 Diesel Turbo (1N-T).

Toyota Yaris generasi pertama – Era baharu Starlet

Pembeli varian 1.5L ditawarkan dengan pilihan pacuan 2WD atau 4WD.

Dari segi keselamatan pula pembeli ditawarkan dengan sistem brek anti kunci (ABS) sebagai pilihan.

Pada tahun 1994, Tercel generasi kelima diperkenalkan dan model terakhir ini mempunyai jangka hayat jualan panjang.

Selepas lama berada di benua jauh akhirnya Tercel hadir ke rantau Asia Tenggara pada tahun 1997 dan dikenali sebagai Soluna.

Kemudian di sinilah era Toyota Yaris dan Vios bermula.

Tags
Google ads
Back to top button