Buletin

TOYOTA UMUM NAMA TOYOTA MIRAI

Toyota semalam mengumumkan nama kenderaan sel bahan api sebagai Mirai. Pengumuman itu dilakukan oleh Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda menerusi satu video web, sehari sebelum kereta itu dilancarkan secara rasmi.

toyota-mirai-mekanika (4)

Dalam bahasa Jepun, Mirai bermaksud masa depan yang mewakili perubahan dalam industri automotif. Sekali gus menjanjikan dunia yang lebih selamat, hijau dan lebih mudah untuk semua.

Jentera itu mampu bergerak sejauh 482km menggunakan setangki hidrogen yang boleh diisi semula dalam tempoh lima minit dan hanya mengeluarkan wap air. Inilah hasil kerja keras pasukan jurutera Toyota selama bertahun-tahun.

toyota-mirai-mekanika (1)

“Kereta ini membolehkan anda memiliki segalanya tanpa sebarang kompromi. Kami membayangkan dunia yang dipenuhi dengan kenderaan yang tidak lagi bergantung kepada minyak dan memberi kurang kesan negatif kepada alam sekitar.

“Kenderaan sel bahan api kami digerakkan oleh hidrogen yang boleh diperbuat daripada apa sahaja, termasuklah sampah! Ia juga mempunyai satu sel bahan api yang mampu menghasilkan tenaga elektrik untuk digunakan di rumah selama satu minggu,” kata Toyota.

toyota-mirai-mekanika (6)

Bertindak selaku pemandu uji, Toyoda tahu bahawa kereta ini mestilah seronok dipandu. Maka tidak hairanlah jika ia memiliki pengendalian yang dinamik.

Selepas menjalani ujian pelanggaran, ribuan kilometer di atas litar dan 10 tahun di jalan raya awam, Mirai kini sudah bersedia untuk dipasarkan. Tahniah Toyota! 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button