Motosikal

DUCATI MONSTER 796 S2R

Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) sekali lagi mengujakan peminat jentera Ducati tempatan apabila memperkenalkan ahli keluarga terbaharu Monster, Monster 796 S2R. 

Ducati-Monster-796-S2R-mekanika (2)

Pengenalan itu dibuat sempena acara Malaysian MotoGP dan Asia Ducati Week (ADW2014) kali ke-3 baru-baru ini.

Monster sememangnya menjadi ikon model naked yang cukup berjaya, hasil pelaburan serta pengalaman  Ducati dalam aspek kejuruteraan, reka bentuk dan gayaan selama lebih 20 tahun. Jentera itu juga sering dilihat sebagai sebuah model motosikal premium yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja.

Ducati-Monster-796-S2R-mekanika (4)

“Ducati Monster merupakan model yang sangat penting kepada Ducati Malaysia. Komuniti pemilik motosikal di Malaysia memberi sokongan padu kepada jenama dan model ini. Menerusi  penambahan model 796 S2R ke dalam keluarga Ducati, kami yakin dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 1,000 unit pada tahun 2014,” kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Ducati-Monster-796-S2R-mekanika (17)

Monster 796 S2R tampil dengan jalur perlumbaan dan roda berwarna merah yang sofistikated. Aspek estetiknya yang sporty dipertingkatkan lagi melalui bar hendal dengan kemasan berwarna hitam.

Jentera itu dikatakan memiliki karekter yang lebih mesra pengguna dan sporty dengan berat hanya 167kg. Ia dijana oleh unit enjin Desmodue 796 yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 87hp @ 8,250rpm dan tork 78Nm @ 6,250rpm.

Ducati-Monster-796-S2R-mekanika (13)

Selain memiliki tahap ergonomik yang terbaik, Monster 796 S2R dipasang dengan lengan ayun tunggal dan brek ABS sebagai ciri standard. Suspensi hadapan terdiri daripada forks berjenama Showa bersaiz 43mm.

Sementara roda belakang menggunakan suspensi tunggal Sachs bersama pegas gegelung boleh laras. Kombinasi itu sememangnya menawarkan prestasi yang seimbang untuk kegunaan setiap hari.

Ducati-Monster-796-S2R-mekanika (21)

Ducati Monster 796 S2R ditawarkan pada harga RM64,888 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button