Motosikal

DUCATI SCRAMBLER FOOD FACTORY DIBUKA DI BOLOGNA

Ducati membawakan hidangan jalanan lebih dekat dengan para peminatnya apabila membuka sebuah kafe, dikenali sebagai Ducati Scrambler Food Factory di Bologna, Itali.

Restoran dengan konsep yang menarik itu dijangka menjadi tumpuan tempat berkumpul dan hiburan para peminat jentera Ducati. Ducati Scrambler Food Factory dibuka hasil kerjasama di antara Ducati dan syarikat pembangunan peruncitan yang berpangkalan di Bologna, Urban Developments.

Menurut Ducati, menikmati hidangan jalanan sudah lama menjadi sebahagian daripada nilai Ducati Scrambler. Maka tidak hairanlah jika Ducati Scrambler Food Factory menjadi sebahagian daripada evolusi perkembangan jenama tersebut.

BACA: DUCATI SCRAMBLER MERAH JAMBU

BACA: SCRAMBLER DUCATI – BERMULA RM49,999!

Scrambler Food Factory dikatakan bukan sekadar menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman. Malah pengunjung juga boleh menikmati karya seni, muzik, galeri foto, motosikal custom, acara bertema dan macam-macam lagi.

Berkeluasan 500 meter persegi, Scrambler Ducati Food Factory terletak di Stalingrad 27, satu lokasi di Bandar Bologna yang mempunyai sejarah produksi mekanikal yang panjang. Ia kini menjadi tumpuan golongan muda untuk melepak dan berhibur.

Lebih menarik lagi, restoran tersebut menghidangkan menu tradisional dan kontemporari.

Minat divisyen Scrambler terhadap makanan sudah diketahui sejak ia melancarkan aplikasi “The Taste of Joy” untuk pencinta motosikal dan makanan jalanan.

Ducati menyatakan konsep Food Factory ini akan dikembangkan ke seluruh dunia tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button