
TRAK PIKAP EV INI DATANG DENGAN PANEL SOLAR, BOLEH MENGECAS KETIKA DIPANDU
Satu syarikat pembuat kenderaan elektrik dari Chinan iaitu EdisonFuture yang merupakan subsidiari daripada SPI Energy telah menghasilkan sebuah trak pikap yang dinamakan sebagai EF1-T. Apa yang menarik berkenaan dengan trak pikap EV ini ialah ia datang dengan bumbung panel solar yang membolehkan jarak perjalanan ditambah ketika dipandu
Sama seperti trak pikap konvensional, EF1-T memiliki satu kabin yang boleh diakses dengan 4 pintu serta ruang kargo terbuka di bahagian belakang serta boleh ditutup dengan menggunakan panel solar. EF1-T diberikan satu motor elektrik yang menjana 470 kuasa kuda, varian 2 motor menjana 600 kuasa kuda dan varian 3 motor menghasilkan 816 kuasa kuda
Bagi varian 470 kuasa kuda, pecutan 0-100 dibuat dalam masa 6.5 saat, 4.5 saat bagi varian 600 kuasa kuda dan varian 3 motor 816 kuasa kuda pula boleh memecut 0-100 dalam masa 3.9 saat sahaja. Sama seperti kenderaan elektrik lain, kuasa elektrik akan dicas seperti biasa manakala panel solar hanya akan membantu menambah jarak perjalanan sahaja sewaktu dipandu

Saiz bateri juga adalah berbeza mengikut bilangan motor dengan jarak perjalanan bagi varian 1 motor ialah 482km, varian 2 motor boleh dipandu sejauh 611km manakala varian 3 motor pula 724km. Bateri ini boleh dicaj daripada 0-80% dalam masa 25 minit sahaja
Sewaktu pameran Consumer Electric Show 2022 tahun lepas, EF1-T dipamerkan dengan beberapa ciri menarik seperti skrin terapung bersaiz 17.5 inci serta pintu yang dilengkapi dengan kotak peralatan yang boleh ditanggalkan.
Model EF1-T dengan motor elektrik tunggal boleh menunda beban sehingga 3400kg, varian 2 motor berupaya menunda sehingga 4082kg dan varian 3 motor boleh menunda sehingga 4989kg beban.

