
TRAK PIKAP PEUGEOT-CITROEN
Peugeot-Citroen dikatakan merancang untuk menghasilkan model pikap trak dalam beberapa tahun akan datang.
Sumber menyatakan bahawa Toyota dan Fiat akan diajak untuk bekerjasama dengan pengeluar kenderaan Perancis itu iaitu Sebelum ini, Peugeot-Citroen pernah bekerjasama dengan Toyota untuk menghasilkan MPV Proace. Kemungkinan besar pikap yang dihasilkan itu akan menggunakan platform Toyota Hilux dengan rekaan kabin dan luaran yang berbeza.
Perancangan itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Peugeot, Maxime Picat ketika pelancaran Peugeot Expert dan Citroen Jumpy di Paris, Perancis. Jelasnya, kenderaan 4×4 itu akan menyumbang kepada pertumbuhan PSA Peugeot-Citroen di masa hadapan.
“Kami selalu mempertimbangkan peluang pasaran trak pikap yang juga menjadi sebahagian daripada sejarah kami. Kami berfikir tentang perkara berkenaan, memperbaharui strategi syarikat dan menyenaraikan beberapa kenderaan yang akan dilancarkan,” katanya.
Peugeot-Citroen terakhir kali memperkenalkan trak pikap ke pasaran Eropah menerusi model 504. Namun, ia hanya bertahan di pasaran sehingga awal tahun 1990-an sahaja.









