Buletin

TRAK UD PERTAMA KALI BERLABUH DI CAMERON HIGHLANDS

Pengedar tunggal Trak UD  di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE)  telah menjual UD Quester kepada Sun Tang Trading.

ud-truck-ceremony-cameron-highlands-mekanika (3)

Syarikat perdagangan yang beribu pejabat di Cameron Highlands itu membeli seunit  UD Quester 8×4 untuk memenuhi permintaan sektor perdagangan dan pengangkutan yang semakin meningkat dalam industri pertanian. Ini adalah kali pertama trak tugas berat 8×4 Jepun yang lengkap dan moden dijual di Cameron Highlands.

Pengurus Kanan – Pembangunan Perniagaan dan Perancangan Produk TCIE, Lui Tai Sum berkata, Quester 8×4 menawarkan ketahanan dan kebolehsuaian unik dalam kategorinya yang belum ada di pasaran pada masa ini. Jentera kargo itu direka khusus untuk pasaran Asia dan pasaran lain yang sedang berkembang pesat.

ud-truck-ceremony-cameron-highlands-mekanika (1)

Trak komersil tugas berat tersebut dikenali untuk pelbagai aplikasi yang luas. Daripada pengangkutan jarak jauh dan pengedaran kepada pembinaan dan perlombongan. Ini membolehkannya memenuhi keperluan unik pasaran yang sedang mengalami pertumbuhan pesat pada harga berpatutan.

“Memandangkan kami beroperasi setiap hari dari Cameron Highlands ke Singapura, kami memerlukan trak yang tahan lama dan boleh diharap. Di samping khidmat sokongan selepas jualan yang sangat baik, sebagaimana mana yang diberikan olehUD Trucks dan TCIE selama ini,” jelas pemilik Sun Tang Trading, Choong Sin Nen.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button