BuletinModifikasi

HONDA TERUS BEKALKAN ENJIN KEPADA ARIEL

 

Honda (UK) dan Ariel Motor Company baru sahaja memperbaharui perjanjian eksklusif pembekalan enjin yang sudah berlangsung selama 16 tahun.

Ariel-Honda-engine-agreement-mekanika (3)

Perjanjian itu menyaksikan model Atom dijana oleh enjin Civic Type-R berkuasa 350hp. Sementara model off-road Nomad pula menggunakan enjin Civic 2.4 liter. Sehingga kini, sebanyak 1,500 unit Ariel telah dilengkapi enjin Honda.

Ariel memasang kereta di kilang kecilnya di Somerset, Britain yang hanya mempunyai lapan orang pekerja berpengalaman. Kereta yang dibina dengan tangan itu mengambil masa selama 100 hingga 200 jam untuk disiapkan.

Ariel-Honda-engine-agreement-mekanika (2)

Ariel dilihat sebagai kereta yang mampu milik, sangat pantas dan boleh digunakan di atas trek tanpa memerlukan banyak penyelenggaraan.

“Bertukar kepada enjin Honda merupakan salah satu keputusan terbaik yang kami pernah lakukan. Enjin ini menawarkan prestasi dan sangat boleh dipercayai,” kata Pengasas Ariel, Simon Saunders.

Selain Atom dan Nomad, Ariel baru-baru ini memperkenalkan motosikal Ace yang juga menggunakan enjin Honda iaitu V4 1,237cc.

Google ads
Back to top button