Buletin

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH HILUX – DAPAT TOYOTA SIENTA!

Betul lah kata pepatah “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu”. Ini adalah kisah pembeli bertuah Hilux yang berjaya membawa pulang sebuah MPV Toyota Sienta secara percuma.

Peraduan ini dijalankan pada tahun lepas bermula 1 September 2016 hingga 31 Disember 2016. Ia terbuka kepada semua pembeli yang membeli model Hilux dalam tempoh tersebut.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Khong Man Cheong, Senior Director bahagian Jualan Kumpulan bertempat di cawangan UMW Toyota Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor.

BACA: PANDU UJI TOYOTA HILUX REVO 2.8

BACA: HILUX EDISI TERHAD

Hadiah utama, yang berupa sebuah MPV Toyota bernilai RM99,900 telah dimenangi oleh En Chong Chin Fatt dari Cameron Highlands. Encik Chong membeli Hilux Single Cab 2.4 dengan transmisi manual, Hilux ketiganya sejak tahun 2014.

“Saya tak sangka langsung boleh menang MPV ni, saya beli Hilux memang ia sebuah trak yang lasak dan boleh diharap untuk buat kerja-kerja lasak, masuk kebun, hantar sayuran, ke ladang dan sebagainya,” ujar beliau.

Selain hadiah utama, tiga lagi pemenang bertuah mendapat pakej pelancongan ke Jepun untuk 5 hari 4 malam untuk dua orang. Mereka ialah Lee Soon Wen dari Pulau Pinang, Douin Madang dari Miri, Sarawak dan Nik Muhamad Burhanuddin Bin Nik Mohamed from Jerantut, Pahang.

 

Google ads
Back to top button