Buletin

TUSHEK TS900 APEX HYPERCAR HYBRID PALING RINGAN DI DUNIA?

Jentera Tushek TS900 Apex baharu akan membuat debut global pada 21 April ini.

Syarikat pengeluar kenderaan terbabit, Tushek mendakwa hypercar hybrid berkenaan merupakan paling ringan di dunia.

Tushek menjangkakan mampu menjual sebanyak 36 unit TS900 Apex dan 12 unit lagi bagi edisi TS900 RacerPro.

Biarpun, syarikat berkenaan agak membisu berhubung spesifikasi jentera terbaharu itu tetapi ia dikatakan menggunakan drivetrain elektrik berketumpatan kuasa tertinggi dunia.

Selain itu, ia mendapat khidmat motor elektrik berkembar yang mampu menjana kuasa 1,351 hp dengan bantuan enjin 4.2 liter V8.

Penampilan debut Tushek TS900 Apex akan didedahkan pada Salon Prive London yang bermula 21 hingga 23 April ini.

Tushek merupakan antara pengeluar terkemuka yang mengambil bahagian dalam pameran berkenaan termasuk Lamborghini, Ferrari, Porsche dan Rolls-Royce. – carscoops

Google ads
Back to top button