Buletin

TVS MOTOR INDIA BELI NORTON MOTORCYCLES RM87.4 JUTA

Syarikat pengeluar motosikal dari India, TVS Motor mengumumkan bahawa ia telah membeli jenama motosikal ikonik Britain, Norton Motorcycles pada harga £16 juta (RM87.4 juta).

Urusniaga itu dijangka memberi kesan kepada lebih 100 orang kakitangan sedia ada firma yang berpangkalan di Leicestershire, UK. 

Ditubuhkan pada tahun 1898, Norton Motorcycles merupakan antara jenama motosikal terkahir dari UK yang terkenal dalam sukan bermotor. 

“Ini adalah momen bersejarah buat kami. Norton ialah jenama ikonik Britain yang diminati di seluruh dunia. Ia memberi peluang kepada kami untuk terus mengembangkannya di peringkat global.

“Kami akan memberi sokongan penuh kepada Norton untuk kembali gemilang dalam arena motosikal antarabangsa,” kaya Pengarah Urusan Bersama TVS Motor, Sudarshan Venu. 

Venu juga memberitahu pihaknya akan ‘bekerjasama rapat’ dengan kakitangan dan pelanggan Norton. Selain berjanji akan mengekalkan identiti tersendiri Norton apabila mengembangkan jenama itu ke pasaran-pasaran baharu. 

Diasaskan di Birmingham, Norton mula menghasilkan motosikal pada tahun 1902 sebelum terlibat dalam banyak perlumbaan seperti Isle of Man TT. 

Antara model paling popularnya termasuklah Dominator dan Commando. Sementara model Norton Interpol pernah digunakan oleh pasukan polis UK pada tahun 1980-an. Model vintajnya kini dianggap sebagao collector’s item.

Tags
Google ads
Back to top button