Buletin

JIKA MOTOGP 2020 BATAL, KAMI MAHU QUARTARARO UNTUK MUSIM 2021 – RAZLAN

Ketua pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali menyatakan bahawa jika perlumbaan MotoGP 2020 dibatalkan sepenuhnya, dia mahu mengekalkan Fabio Quatararo untuk mengharungi musim 2021. 

Ketegasan itu dinyatakan dalam temubual bersama beberapa media termasuklah TMCBlog.com 

Sedia maklum bahawa pelumba muda sensasi itu akan berpindah ke pasukan factory Monster Energy Yamaha tahun depan. 

“Kami ada berbincang dengan Dorna jika perlumbaan musim 2020 dibatalkan. Kami ada peluang untuk menjulang kejuaraan pada tahun ini dengan Fabio.

Jadi, sekiranya perlumbaan batal, kami mahu Fabio berlumba bagi tahun 2021 seperti 2020 dengan kesepakatan yang sama. Inilah yang akan kami perjuangkan nanti.

“Ini kerana kami lihat tahun ini dengan jentera yang bagus, pelumba yang bagus dan kami mahu menang bersama mereka. Paling kurangnya satu atau dua kemenangan pun sudah cukup. Saya beranggapan bahawa pada tahun 2021, semua orang akan mengikuti posisi yang sesuai dengan kesepakatan 2020,” kata Razlan.

Katakanlah semua pasukan bersetuju untuk ikut kesepakatan 2020, maka Rossi masih berlumba dengan pasukan factory Yamaha lah. Hmm… 

Google ads
Back to top button