Motosikal

REKAAN PELIK MOPED TVS XL 100

TVS Motor Company meluaskan pasaran TVS XL 100 di enam negeri di India. 

TVS-XL-100-india-mekanika (2)

Selepas model 100cc itu ditawarkan di  Kerala, Pondicherry, Andaman Nicobar, Bihar, Jharkhand dan Uttarkhand, pihak TVS kini memperkenalkan model berkenaan di Tamil Nadu.

Jika dilihat kepada rekaan model itu, ia nyata ringkas dan sedikit pelik. TVS XL 100 ialah moped yang sama dengan model sedia ada TVS XL Super. Bagaimanapun, bahagian jana kuasanya sudah ditukar.

TVS-XL-100-india-mekanika (1)

Ia dijana oleh enjin 99.7cc penyejukan udara silinder tunggal. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa sebanyak 4.2PS  @ 6,000rpm dan tork setinggi 6.3Nm @ 3,500rpm.

Moped itu didatangkan dengan jarak roda 1,215mm dan berat 75kg. Kapasiti tangki minyak ialah empat liter dengan keupayaan mengangkut beban mencecah 130kg.

TVS-XL-100-india-mekanika (3)

Motosikal ini menampilkan ciri fork hidraulik teleskopik spring, swingarm dengan penyerap hentak hidraulik, brek dram 80mm di hadapan dan 110mm di belakang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button