Buletin

UJIAN LAPANGAN. HYUNDAI KONA CATAT PERBATUAN PALING TINGGI. TEWASKAN TESLA

Setiap pengeluar mempunyai cara tersendiri sebelum meletakkan angka pada setiap spesifikasi kenderaan mereka. Ada yang meletakkan angka kuasa kuda berdasarkan output pada crankshaft. Ada yang mengeluarkan catatan penggunaan bahanapi berdasarkan ujian terkawal dan kebanyakan fakta ini hanya “manis” di atas kertas.

Dalam dunia sebenar, jarang benar angka ini dapat dicapai.

Misalnya, Toyota Prius yang mendakwa boleh mencatat perjalanan sehingga 30km seliter.

Ia boleh dicapai sekiranya anda memandu 30km sejam di jalanraya mendatar dan menggunakan tayar rintangan rendah keras dipam penuh keras macam batu.

Atau mungkin alat pendingin hawa juga perlu dipadamkan atau pemandunya seberat 20kg dan telah berpuasa seminggu.

Itu adalah contoh.

Dan kerana itu juga wujud usaha ujian lapangan yang dijalankan pelbagai organisasi. DI UK baru-baru ini, What Car? UK telah membuat ujian bebas terhadap 10 buah kereta elektrik. Mereka menggunakan metodologi yang sama bagi setiap kereta yang diuji.

Setiap bateri kenderaan elektrik ini akan dihabiskan kuasa baterinya sehingga “0” terlebih dahulu.

BACA: SENJATA ELEKTRIK DARI KOREA-HYUNDAI KONA

Ia disimpan semalaman dengan suhu sama 18 darjah C. Setiap kereta juga dipam dengan tekanan tayar yang sama seperti dicadangkan pengeluar. Kemudian, kereta ini dipandu di dalam litar yang menyerupai keadaan dunia sebenar.

Hasilnya, Hyundai Kona ELektrik mencatat perbatuan paling tinggi iaitu 416.8 kilometer bagi satu caj penuh.

Ia mengejutkan kerana telah menewaskan “gergasi” kereta elektrik, tak lain tak bukan Tesla.

Menariknya juga, ujian ini hampir sama dengan apa yang dicapai oleh badan kerajaan Amerika yang bertindak menyelia kereta-kereta EV ini. Agensi Perlindungan Alam Skitar (EPA) Amerika menguji Kona dan mencatat perjalanan 415.2km. hanya 1.6 kilometer perbezaannya.

Berikut ialah hasil ujian dari What car? yang membabitkan 10 model kereta elektrik berbeza

  1. Hyundai Kona Electric 64-kWh 416.8 km
  2. Jaguar I-Pace 407 km
  3. Kia e-Niro 407 km
  4. Tesla Model S 75D 328.3 km
  5. Hyundai Kona Electric 39-kWh 254.2 km
  6. Renault Zoe R110 235 km
  7. Nissan LEAF 206 km
  8. BMW i3 94-Ah 194.7 km
  9. Volkswagen e-Golf 191.5 km
  10. Hyundai Ioniq Electric 188.3 km
Tags
Google ads
Back to top button