Motosikal

KYMCO HASILKAN SUPERBIKE ELEKTRIK SUPERNEX – TOP SPEED 250km/j!

Memang tiada siapa yang menjangka bahawa pengeluar skuter terkenal Taiwan, Kymco akan menghasilkan sebuah superbike elektrik.

Walaupun hanya sebagai sebuah model konsep, jentera yang dikenali sebagai SuperNEX itu seolah-olah menjadi gambaran kepada model masa depan Kymco.

SuperNEX didedahkan kepada umum buat pertama kalinya pada acara pameran motosikal terbesar di dunia, EICMA 2018 di Milan, Itali.

Tidak banyak perincian didedahkan mengenai SuperNEX. Buat masa sekarang, apa yang diketahui oleh media ialah superbike tersebut menggunakan kotak gear enam kelajuan, mampu memecut sehingga 250km/j dalam masa 10.9 saat.

Teknologi lain yang turut dipasang ialah pakej elektronik Kymco FEP (Full Engagement Performance). Ia terdiri daripada kawalan peluncuran, kawalan roda belakang daripada terangkat dan pelbagai mode tunggangan.

Kyomco menyatakan tahap FEP boleh dilaras mengikut kehendak penunggang. Dengan adanya ciri slipper clutch, penukaran kedudukan gear boleh dibuat tanpa perlu menarik klac.

Bunyi motor elektrik pula dipertingkatkan menerusi sebuah pembesar suara yang Kymco panggil sebagai ‘motor akustik aktif’. Biarpun ramai yang sangsi mengenai ciri ini, ia bagaimanapun hanya sebuah model konsep. Saya percaya Kymco akan memperhalusi aspek ini jika SuperNEX benar-benar diproduksi nanti.

SuperNEX memang tidak kalah  dari segi penampilan. Ia dilengkapi brek Brembo, suspensi Ohlin, kerangka aluminium twin-spar, di samping reka bentuk badan dan grafik yang menarik. 

Apa yang pasti, masih terlalu awal untuk meramal Kyco akan memproduksi SuperNEX dalam masa terdekat. Tunggu dan lihat sahajalah..

GALERI

Google ads
Back to top button