Artikel Pilihan

UMUR BARU 5 TAHUN TAPI DAH PANDU KERETA IBU UNTUK BELI LAMBORGHINI – TABAH KAU NAK

Macam-macam perkara boleh berlaku dalam dunia ni dan kali ini di AS, seorang kanak-kanak ditahan peronda lebuh raya kerana memandu sendiri kereta ibunya untuk membeli sebuah Lamborghini. Nampaknya ini merupakan salah seorang kanak-kanak yang tidak bersetuju dengan Greta Thunberg kan?

Menurut laporan Peronda Lebuh Raya Utah, kanak-kanak tersebut telah ditahan selepas terserempak dengan salah seorang peronda mereka yang menyangkakan kenderaan tersebut dipandu oleh seorang pemandu mabuk. Sebaliknya mereka mendapati pemandunya ialah seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang dalam perjalanan menuju ke California untuk membeli sebuah Lamborghini yang menjadi impiannya.

Insiden berlaku di Interstate 15 berhampiran Ogden, Utah bila kanak-kanak tersebut sebelum ini bertelingkah dengan ibunya yang enggan membelikan sebuah Lamborghini yang diminta beliau.

Kalau budak-budak lain mesti akan melompat dan menangis sambil hentak- hentak kaki tetapi tidak dengan budak sorang ni. Diambilnya kunci kereta ibunya dan memandu keluar untuk mendapatkan sebuah Lamborghini sebenar.

Tak jauh mana pun beliau sempat pandu, dalam 3 kilometer lebih dah kena tahan dengan polis sebab gaya memandu ke tengah ke tepi macam orang mabuk (kalau kat Malaysia ni gaya macam orang baca mesej Whatssap masa tengah memandulah).

Cuma satu je kekurangan dalam rancangan budak ni. Dia tak kira dengan teliti bajet yang diperlukan. Bila ditanya pihak berkuasa, rupanya beliau cuma membawa USD3 sahaja dalam poket. Memang cukup untuk beli Lamborghini tapi keluaran Hotwheels je lah kot. Alahai budak-budak punya pukulan.

Google ads
Back to top button