Buletin

UMW TOYOTA BUAT PENGUMUMAN PENTING 27 SEPTEMBER DEPAN. BAKAL LANCAR MODEL HIBRID?

UMW Toyota Motor dijangka membuat satu pengumuman pentimng pada 27 September depan. Dalam satu siaran media yang dikongsi baru-baru ini, syarikat berkenaan dilihat berkias-kias tentang model apa yang ingin mereka lancar tidak lama lagi. 

Tiada sebarang model dinyatakan, namun petunjuk yang diberikan adalah menerusi lima keping gambar teaser. Ia jelas menunjukkan tentang hala tuju syarikat dalam usaha mengurangkan emisi karbon diaksida di peringkat global menjelang tahun 2050.

Jadi, kita boleh mengharapkan UMW Toyota bakal menawarkan lebih banyak model hybrid, sel bahan api (CEV) dan mungkin kereta elektrik tidak lama lagi.

“Tanpa ingin mendedahkan terlalu banyak, biar saya katakan bahawa pengumuman ini akan memberi impak besar tidak

hanya kepada jenama Toyota, malah ke atas industri secara keseluruhannya. Di samping gaya hidup dan pilihan yang sudah serasi dengan kita.

“Kita sedang berdepan dengan jangkaan sebuah era baru yang menarik dan akan menetapkan perjalananmasa depan untuk generasi akan datang,” Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. pula memberitahu komitmen Toyota tidak hanya terhad kepada industri automtotif semata-mata. Sebaliknya, merangkumi usaha yang akan melibatkan semua pihak berkepentingan melangkaui aspek pengilangan dan pemasangan kenderaan.

Sebelum ini, UMW Toyota Motor telah melabur sebanyak RM270 juta kilang pemasangan di Bukit Raja, Klang untuk menghasilkan kenderaan generasi baharu. 

Google ads
Back to top button