Motosikal

YAMAHA MT-15 2021 TAMPIL DENGAN WARNA KELABU, BIRU DAN HITAM BAHARU. HARGA KEKAL RM11,988

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini mengumumkan tiga warna baharu untuk model MT-15 2021.  Jentera sportbike itu kini menerima warna kelabu, hitam dan biru yang lebih menarik. 

Seperti sebelum ini, perubahan hanya melibatkan warna dan grafik luaran.

Jadi, spesifikasinya tidak berubah. MT-15 masih menggunakan enjin silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 155cc yang mampu menjana kuasa 19.3PS dan tork 14.7Nm pada 8,500rpm. 

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan bersama klac jenis basah. Suspensi pula menggunakan khidmat fork teleskopik di hadapan, di samping lengan ayun dan penyerap hentak tunggal di belakang. 

Tugas membrek pula diserahkan kepada brek cakera pada kedua-dua roda. Rim bersaiz 17 inci itu dibalut oleh tayar bersaiz 110/70 depan dan 140/70 di belakang.  

Jika berminat, harga MT-15 2021 sama sahaja seperti sebelum ini iaitu RM11,988 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran), selain mark-up tauke kedai. Anda juga akan menerima kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100. 

GALERI

Google ads
Back to top button