Buletin

UMW TOYOTA MOTOR SASAR JUALAN 70,000 UNIT, BAKAL LANCAR 4 MODEL BAHARU

Pada majlis penghargaan media malam semalam, UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa ia mensasarkan jualan sebanyak 70,000 unit kenderaan pada tahun ini.

Selain itu, empat model baharu Toyota juga akan dilancarkan bagi merancakkan lagi jualan dan meningkatkan kembali penguasaan pasarannya. Pengumuman itu dibuat oleh Presiden UMW Toyota Motor. Ravindran Kurusamy.

Menyentuh tentang empat model baharu itu, ia berkemungkinan besar melibatkan model facelift dan penambahan varian. Sudah pasti, model yang paling ditunggu-tunggu ialah Vios facelift. Di samping varian tambahan untuk SUV Fortuner, trak pikap Hilux dan MPV Innova.

Jenama premium Lexus pula akan melancarkan model Lexus LC500. Pada awal bulan ini, Lexus Malaysia telahpun memperkenalkan NX Special Edition dan sedan IS facelift. Lexus Malaysia juga bakal meraikan ulangtahun ke-10 di Malaysia pada tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ravindran mendedahkan bahawa UMW Toyota bakal membawakan acara sukan bermotor ke Malaysia, hasil kerjasama dengan pihak Toyota Gazoo Racing (TGR).

Sedia maklum, TGR memang aktif mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti Kejuaraan Rali Dunia (WRC), World Endurance Championship (WEC), 24 Hours Nurburgring dan Rali Dakar.

Pelancaran media inisiatif tersebut akan diadakan pada April 2017. Perlumbaan satu model (one make race) itu akan dikenali sebagai Vios Challenge dan dimulakan pada Ogos depan.

Menarik tu…

BACA: LEXUS TAWAR NX SPECIAL EDITION & IS SEDAN FACELIFT – TANPA KENAIKAN HARGA

Google ads
Back to top button