Motosikal

YOSHIMURA TAWAR EKZOS BAHARU UNTUK HONDA CBR1000RR 2017

Pembuat ekzos terkemuka dari Jepun, Yoshimura kini menawarkan dua alat ganti talaan baharu untuk jentera berkuasa tinggi, Honda CBR1000RR. Komponen yang dimaksudkan itu ialah ekzos jenis slip-on dan kit eliminator untuk fender belakang.

Ekzos Alpha T dapat mengurangkan sedikit berat, menambah gaya dan pastinya menawarkan bunyi Yoshimura yang tidak puas untuk didengar. Ia hadir dua konfigurasi iaitu besi tahan karat/gentian karbon atau titanium/gentian karbon. Namun, kedua-duanya dikatakan tetap menawarkan prestasi yang sama.

Model titanium lebih ringan. Malah ekzos Alpha T dapat menambah sedikit kuasa dan mematuhi piawaian emisi yang dikuatkuasakan di Amerika Syarikat. Ekzos itu juga menawarkan lebih kuasa tork pada julat rpm sederhana. Sekali gus membuatkan tunggangan lebih menyeronokkan.

Harga untuk Street Alpha T besi tahan karat/gentian karbon ialah AS$499 (RM2,210). Manakala versi titanium berharga hampir satu kali ganda iaitu AS$899 (RM3,980).

Kit eliminator untuk fender belakang pula membuatkan bahagian belakang jentera ini nampak semakin kemas. Ditambah pula dengan pemegang nombor plat yang boleh dipasang bersama lampu isyarat membelok. Harganya, AS$140 (RM620).

BACA: VIGO – SUPERBIKE ELEKTRIK DARI UK, 120HP, TOP SPEED 290KM/J

Apa kata kita dengar perbezaan bunyi ekzos standard dengan ekzos Yoshimura ni dulu…

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button