Buletin

UMWT PERKENALKAN TAWARAN EKSKLUSIF BULAN MEI – PELAN PEMBIAYAAN SERENDAH RM658

UMW Toyota Motor (UMWT) membuka lembaran bulan Mei dengan menawarkan pelbagai insentif menarik kepada rakyat Malaysia yang mengimpikan pemilikan sebuah Toyota.

Promosi ini hadir tepat pada masanya, di saat syarikat mencatat prestasi jualan kukuh pada April 2025.

Sepanjang bulan Mei ini, UMWT memperkenalkan tawaran eksklusif yang memberi lebih nilai dan fleksibiliti kepada pembeli, termasuk:

  • Pelan pembiayaan serendah RM658 sebulan
  • Program Toyota Service Savers – penyelenggaraan mudah dan mampu milik bermula dari hanya RM33 sebulan, menjamin ketenangan minda untuk pemilik baharu dan sedia ada.

Promosi ini direka khusus untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan pengguna, sama ada yang sedang mencari kenderaan pertama atau ingin menaik taraf kepada model terkini Toyota.

Dengan jaringan selepas jualan yang meluas dan reputasi kualiti produk Toyota yang sudah teruji, kini adalah masa terbaik untuk membuat keputusan bijak.

Dalam masa yang sama, UMWT turut mengumumkan pencapaian jualan memberangsangkan bagi April 2025, dengan 7,932 unit kenderaan terjual, menjadikan jumlah terkumpul untuk tahun ini sebanyak 27,876 unit.

Kejayaan ini sekali lagi mengukuhkan kedudukan Toyota sebagai antara jenama pilihan utama di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi sempena bulan Mei dan senarai lengkap model yang ditawarkan, layari laman rasmi Toyota Malaysia di www.toyota.com.my.

Google ads
Back to top button