Buletin

UNTA HALANG KENDERAAN GOOGLE MAPS. JADI ‘BINTANG’ DALAM STREET VIEW

Tidak keterlaluan jika mengatakan kenderaan Google Maps dapat dilihat hampir di seluruh dunia.

Ia berikutan cita-cita besar syarikat gergasi pencari maklumat itu ingin merangkumi sebahagian besar planet ini dengan menyediakan data pemetaan dan imej jalan kepada pengguna.  

Salah satu negara yang mendapat imbasan menyeluruh dari kenderaan Google Maps merupakan Kenya.

Dengan perkhidmatan tersebut, para pengguna dapat melihat paparan jalan terkini dengan menggunakan Street View.

Begitupun, kenderaan Google Maps yang menghabiskan banyak masa mengembara di atas jalan berdepan dengan pelbagai situasi tidak dijangka dan pelik.

Antara bukti nyata yang dapat dilihat merupakan pertemuan secara tidak sengaja dengan sekumpulan unta di jalan A2 Kenya.

Disebabkan, Google amat menyukai situasi tersebut, pengguna Google Maps boleh melihat sendiri paparan imej itu menggunakan Street View.

Menurut maklumat dikongsi Google pada tahun lalu, syarikat berkenaan telah merakam gambar merangkumi 16 juta kilometer dalam pengimejan Street View mereka.

Kandungan tersebut dapat digunakan melalui platform website Google Maps ataupun peranti para pengguna.- autoevolution

Google ads
Back to top button