Buletin

PAC-MAN GEO BOLEH MAIN GUNA GOOGLE MAPS. NOSTALGIA MAINAN NI!!!

Permainan Pac-Man merupakan antara digemari orang ramai terutama mereka yang membesar dalam era kegemilangan arkid.

Dikhabarkan, versi  terbaharu permainan ini akan ditawarkan dalam platform peranti mudah alih dengan sentuhan moden dan terkini.

Versi terbaharu ini akan dikenali sebagai Pac-Man Geo. Apa yang menarik tentang permainan baharu ini adalah ia menggunakan Augmented reality (AR) sekali gus membenarkan pengguna bermain melalui data dibekalkan Google Maps.

Bandai Namco dan Google bekerjasama dalam memastikan Pac-Man Geo menjadi realiti. Permainan ini dijangka akan menemui peminat secepat mungkin malah ia bakal dilancarkan kira-kira di 170 buah negara.

Google Play Store mendedahkan pengguna akan dibenarkan membangunkan laluan Pac-Mac mengikut jalan-jalan sebenar dalam dunia nyata.

Para pemain juga boleh berkongsi dengan pengguna lain dalam merebut markah tertinggi dalam setiap peringkat permainan.

“Pac-Man Geo merupakan permainan aksi yang menggunakan informasi jalan-jalan di seluruh dunia melalui platform Google Maps.

“Dengan memilih peringkat permainan melalui peta dunia, para pemain boleh membangunkan sendiri peringkat-peringkat permainan dengan masa nyata,” kata Bandai Namco.

Pac-Man Geo dibangunkan sejak tahun 2018 lagi dan dijangka mendapat sambutan daripada pengguna platform Android serta iPhone. -autoevolution

Google ads
Back to top button