US COAST GUARD BERI KAPAL “BURUK” UNTUK APMM?
1.Menjelang suku tahun ke 3 2024, kita menerima perkembangan baru di mana Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia menerima sebuah kapal bekas US Ex United States Coast Guard Cutter Class ( Ex-USCG ) Steadfast yang telah dilucut tauliah pada awal tahun iaitu Feb 2024.
2.Khabar penerimaan kapal ini telah mula di maklumkan tahun lepas, sewaktu sidang media di Kuching, 4 November 2023, oleh Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Hamid Mohd Amin, memaklumkan bahawa APMM akan menerima 2 buah kapal dari negara sahabat.
3.Ketika itu, Beliau tidak memaklumkan jenis atau negara mana kapal tersebut bakal diperolehi, tetapi sejak penubuhan agensi, APMM telah menerima 3 kapal dari Jepun, KM Pekan dan KM Arau, serta 2 buah dari Australia. Sumber dari facebook page APMM, agensi ini sedang menimbangkan untuk menerima sebuah kapal terpakai US kelas Cutter. APMM ketika itu melakukan penilaian kesesuaian kapal untuk operasi mereka.
4.USGC Steadfast telah ditauliahkan pada 1968, dan menjalani proses refit pada 1994.USGC Steadfast telah berkhidmat selama 56 tahun sebelum dilucut tauliah.
Spesifikasi asas kapal ini yang leah dibina adalah berukuran 65m, 2 x diesel engine, mampu mengoperasikan helipad, serta krew seramai 75 orang.
Dari segi persenjataan untuk penguatkuasaan, ianya dilengkapi dengan sebuah meriam 25mm serta 2 x General Purpose Machine Gun ( GPMG )
RELIANCE CLASS MEDIUM OPV
5.Reliance Class Cutter dibina untuk keperluan Medium Endurance Cutter (WMEC) USGC yang sebelum itu bergantung pada kapal-kapal era perang dunia kedua. Sebanyak 16 buah kapal ini dibina dalam tempoh 1962-1968.
6.Selaku negara maritim, AS mempunyai dua lautan utama di dunia iaitu lautan atlantik dan lautan pasifik. Dengan keluasan pantai yang luas, pelbagai ancaman asing dan domestik, serta rentas sempadan perlu dikekang.
7.Antara peranan kapal ini adalah mencegah penyeludupan dadah, pendatang asing yang rata-rata datang dari Amerika Tengah serta Amerika Selatan. Era 70-80an adalah era mewah dan lumayan bagi kartel dadah menjadikan AS sebagai pasaran mereka
8.Antara tugas lain kapal ini adalah untuk menjalankan operasi carilamat ( Search And Rescue), perlaksanaan undang-undang maritim, melindungi alam sekitar serta keselamatan marin.
Malah USCG Steadfast yang bakal diterima APMM ini pernah merampas berjuta pound marijuana dan kokain sepanjang operasi mereka, dan di gelar “El Tiburon Blanco” oleh kartel, yang bermaksud “White Shark” dalam bahasa inggeris.
Keberadaan USCG Steadfas menimbulkan kegerunan pada kartel Colombia kerana sering dipintas dan penyeludupan dipatahkan.
9.Dengan hullnya yang besar dan mampu menampung anggota yang ramai, rondaan mampu dilakukan di perbatasan maritimdengan tempoh lebih lama dan mengurangkan lopong-lopong akibat kekangan aset sedia ada berbanding keluasan perairan Malaysia.
10. Spesifikasi asas USGC Steadfast
Berat : 1,127 tan
Panjang : 65m
Beam : 10m
Propulsi : 2 x 2,500hp
Kelajuan : 18 knots
Jarak Operasi : 15,000km pada 12knots
Bilangan krew : 75 orang
Senjata : 1 x 25mm Auto Cannon, 2 x 12.7mm Heavy Machine Gun
Fasiliti : Helikopter Pad
RELEVAN PENERIMAAN EX USGC STEADFAST
11. Walaupun USGC Steadfast telah berusia 56 tahun, kapal ini diselenggara dengan baik oleh USGC dan paling penting,ianya tidak mempunyai sistem elektronik yang rumit,untuk diselenggara ataupun digantikan baru. Ianya hanya sebuah kapal yang asas dan dibina khusus untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang maritim( maritime policing ).
Ianya hampir seusia dengan Kapal Ronda Vosper Kelas Keris yang sebahagiannya masih digunakan TLDM. Malah telah menjalani proses naik taraf untuk meneruskan operasi, antaranya program repowering serta rehull oleh MSET.
12. Selain dari USGC Decisive (WMEC-629), 3 buah kapal lagi, WMEC Medium Endurance Cutters yang sudah tidak aktif operasi dan dalam proses lucut tauliah, pertengahan 2025, USGC Confidence (WMEC-619), USGC Dauntless (WMEC-624) dan USGC Dependable (WMEC-626).
Antara kelebihan MEC Reliance Class ini, ianya dibina untuk kemampuan operasi yang lama.
Ketika dalam perkhidmatan USGC, adalah menjadi rutin untuk beroperasi selama 60 hari, iaitu 2 bulan. USGC Dependable ketika hampir dibersarakan, ianya beroperasi 92 hari dari 183 hari pertama pada tahun 2023.
13. Ciri-ciri ini yang kritikal pada APMM di mana mereka memerlukan kapal yang boleh beroperasi dengan tempoh lama, belayar dengan ulang bekal minima, seterusnya mengekalkan tempo rondaan.
Sekadar perbandingan, Offshore Patrol Vessel (OPV) KM Tun Fatimah yang baru dioperasikan, mempunyai kemampuan untuk belayar selama 18 hari sahaja, 50% kurang daripada USGC Steadfast.
14.APMM memerlukan 20 buah OPV untuk memenuhi keperluan semua sektor maritim mereka. Dengan perairan yang luas, terutama Zon EKonomi Eksklusif di Sabah dan Sarawak.
15. Senario yang praktikal, jika sebuah daerah maritim memerluk 3 OPV minima, sebuah akan digunakan operasi rondaan, sebuah siap siaga di Pangkalan, sebuah lagi akan berada di limbungan untuk penyelenggaraan.
Kini APMM hanya mempunyai 5 Kapal kelas OPV bersaiz sederhana iaitu KM Pekan, KM Arau, KM Tun Fatimah, KM Bangi dan KM Langkawi. Dengan penerimaan Ex-UCGS Steadfast ini, dan baki2 lagi OPV kelas yang sama seperti KM Tun Fatimah.
16.Dalam masa 3 tahun ini bermula artikel ini ditulis, APMM akan mempunyai 8 buah OPV dan ini masih jauh dari keperluan minima 20 buah OPV. 8 buah OPV ini hanya 40% dari keperluan sebenar APMM untuk beroperasi dengan optima di semua daerah maritim.
Jadi adalah wajar untuk APMM terus berusaha mendapatkan kapal-kapal terpakai secara berterusan, selaku interim fill gap measures, sementara perolehan kapal-kapal OPV baru dilakukan setiap RMK.
17.Malah pada pendapat penulis, Malaysia harus terus mendapatkan saki baki kapal kapal Ex-Reliance Class USGC yang bakal dilucut tauliah sekurangnya 3-4 biji lagi. Dengan pertambahan kapal kelas OPV ini, ianya mampu memberikan kelegaan tempo operasi yang fleet OPV sedia ada, cakupan rondaan maritim yang berkesan, juga platform melahirkan anggota dan krew kapal yang profesional.
Sementara itu,adalah tidak rasional apabila mengoperasikan kapal terpakai tetapi mengharapkan kos penyelenggaraan seperti kapal baru. Apa yang penting kapal ini menerima bajet operasi yang rasional untuk terus berkhidmat secara interim.
18. Bajet penyelenggaraan datang daripada Operation Expenditure (OPEX), ianya lebih mudah didapati berbanding perolehan kapal baru yang datang dari perbelanjaan pembangunan (DEVEX)
19.Tindakan yang paling praktikal adalah meneruskan pembinaan Batch 2 DAMEN 1800 OPV yang mungkin kosnya kurang daripada Keris Class – Littoral Mission Ship. Dan ianya akan menggantikan kapal-kapal OPV terpakai, dan yang telah berusia pada tahun-tahun mendatang. Teruskan sahaja pembinaan batch seterusnya DAMEN 1800 OPV ini sehingga cukup 20 unit minima.
20.Dalam berhadapan dengan persepsi awam berkenaan perolehan kapal terpakai, APMM tidak akan mampu memuaskan hati semua lapisan masyarakat.
Adalah menjadi tugas penganalisis pertahanan memberikan maklum balas yang adil, matang, profesional, serta mendidik.
21. Akan ada pihak yang menentang pembesaran agensi APMM dengan cepat, atas alasan sumber tenaga manusia dan kekangan bajet kewangan
Akan ada pihak yang menentang perolehan kapal terpakai walaupun hibah, atas alasan risiko penyelenggaraan yang tinggi, alat ganti yang tidak seragam dan kos pengoperasian.
Akan ada pihak yang menentang jika APMM melakukan perolehan kapal-kapal baru disebabkan perolehan kapal-kapal terpakai lebih mudah diperolehi, sama ada hibah atau pembelian.
21.Apa yang berlaku pada hari ini, APMM dilihat mendapatkan apa sahaja aset atau kapal terpakai dengan kos paling minima, selagi kos penyelenggaraan, kos operasi, kos alat ganti dalam julat yang munasabah, dan kepercayaan harus dibrikan tim penilai. APMM telah melakukan kajian keboleharapan, dan dapat menambah kapasiti serta kemampuan operasi APMM sendiri.
Kedaulatan negara tidak ada galang gantinya, tidak ternilai harganya, pemerkasaan APMM adalah aktivit yang akan berterusan sampai bila-bila, walaupun dengan sumber yang terhad, dan bajet yang sangat minima.