Buletin

UTP MOTORSPORT FEST BERLANGSUNG MERIAH!

Sempena menyambut majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas 2018, telah diadakan acara perlumbaan drift UTP Motorsport Fest bagi memeriahkan lagi konvokesyen yang sedang berlansung.

Bertempat di Tronoh Perak EZS Motorsport serta rakan rakan gabungan permotoran perak seperti GAP, Manjung Drift, ZAF design dan juga BRX Racing telah mengadakan acara berkonsepkan sukan motor.

Selama 2 hari di UTM telah dijalankan acara autoshow, perjumpaan kelab kereta dan juga pertandingan drift.

Acara selama 2 hari ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja daripada warga Universiti Teknologi Petronas sendiri malah masyarakat luar yang turut hadir ke konvokesyen tersebut.

Pertandingan drift UTP Motorsport Fest menyaksikan Soya menjuarai kategori novice manakala Solehin Mansiz menjadi juara bagi kategori expert mengalahkan Zul Naza yang hanya kurang beberapa markah di belakangnya.

Di sini EZS Motorsport serta rakan-rakan gabungan Manjung drift, GAP, ZAF design, brx racing ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Teknologi Petronas, penaja, krew bertugas serta peserta yang menyertai UTP Motorsport Fest 2018.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi pertandingan drift;

NOVICE

1- soya te72

2- dollah ke70

3- scorpion s15

EXPERT

1-solehin mansiz ae86

2-zul naza ae86

3- zam zaini 180sx

 

GALERI

Google ads
Back to top button