Buletin

VAN BAWA WANG TUNAI DIROMPAK OLEH GENG ‘DOMINIC TORETTO’ DI AFRIKA SELATAN

Satu jenayah terancang ala-ala filem Fast & Furious dilaporkan berlaku di Johannesburg, Afrika Selatan baru-baru ini.

Sebuah van yang membawa wang tunai ke lokasi tidak diketahui telah dirompak dalam satu insiden seperti babak filem Hollywood. Penjenayah didakwa meletakkan bom pada pintu belakang. Sebelum itu, mereka menembak tayar van untuk memperlahankannya.

Seperti yang anda boleh lihat dalam video berdurasi 1 minit 39 saat di bawah, geng penjenayah itu mengambil kesempatan dalam trafik yang sibuk. Sebaik sahaja bom itu diletupkan, jelas kelihatan sekeping pintu van tersebut melayang sebelum jatuh ke atas sebuah kereta lain.

C.I.T CASH IN TRANSIT….R24 east near barbara road… explosives used!

Posted by Intelligence Bureau SA on Sabtu, 1 April 2017

Rompakan itu dilakukan oleh penjenayah profesional. Tiada siapa yang cedera, walaupun senjata api milik pengawal dan pemandu van telah dirampas. Dilaporkan dua buah kereta Mercedes-Benz digunakan dalam jenayah tersebut dan pihak polis sudahpun berjaya menemuinya. Tetapi, penjenayah masih belum dapat dikesan.

Polis tidak mendedahkan jumlah yang dirompak. Tetapi menurut laporan agensi berita News24, beberapa kotak berisi wang tunai telah dilarikan. Agak sukar untuk menentukan wang yang hilang kerana bank-bank terlibat tidak dinyatakan.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan rompakan tersebut melibatkan orang dalam. Ini kerana perompak seolah-olah sudah tahu van mana yang membawa wang tunai. Mungkin dia orang ni dapat inspirasi daripada Dominic Toretto.

BACA: HAN FAST & FURIOUS RESTOMOD NISSAN 240Z!

BACA: FAST & FURIOUS – PAUL WALKER MUNCUL LAGI DALAM FAST 8

Google ads
Back to top button