BOSCH Mrec – Desktop
Motosikal

MODIFIKASI YAMAHA Y15ZR MOVISTAR – GABUNGAN YAMAHA DAN APRILIA RSV4!

SHARE

Sejak kami menyiarkan artikel berkenaan Honda RS150R (Honda Winner) dari Vietnam yang mendapat sambutan sangat pembaca, kami menemui sebuah lagi versi seterunya – apa lagi kalau bukan Yamaha Y15ZR.

Kalau anda baca dalam forum dan ruang perbincangan maya, RS150R dan Y15ZR masing-masing mempunyai peminat fanatik sendiri. Sebenarnya kedua-dua motosikal ini memiliki kelebihan dan kekurangan maisng-masing.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

BACA: MODIFIKASI GILA HONDA RS150R

BACA: YAMAHA Y15ZR ATAU HONDA RS150R?

Baiklah. Ini adalah apa yang disiarkan oleh laman motosikal popular Thailand, Mocyc.com. puas juga kami cari sumber hasil modifikasi ini yang fotonya disiarkan beberapa teman. Mujur seorang kenalan saya menunjukkan pautan dari website Thai tersebut.

Tidak seperti RS150R yang datang dengan maklumat lengkap dan komprehensif, informasi Y15ZR ini agak terhad. Pemilik kapcai ini datangnya dari daerah Chiang Mai dan idea modifikasi beliau ialah merelaikan sebuah Aprilia RSV4 dan memasangkan bahagian tertentu pada Yamaha Y15ZR.

Dikenali dengan nama Yamaha Exciter di Thailand, modifikasi Y15ZR ini bermula dengan penerimaan set pengendalian yang lengkap dari RSV4. Bahagian hadapannya dipasangkan dengan suspensi teleskopik USD Ohlins RSV4. Fork hadapan diubahsuai untuk dimuatkan kepada perumah Y15ZR menerusi kerja-kerja custom yang teliti.

Kesemua bahagian roda hadapan dipindahkan. Ia termasuk sepasang cakera bersama angkup Brembo, rim dan juga mudguard gentian karbon. Kerjanya agak susah tetapi hasilnya memang terbaik lah. Nampak macam pemasangan kilang.

Jika itu tidak cukup rumit, nah tengok pada suspensi belakang. Honda RS150R minggu lepas pakai suspensi jenis sebelah (single arm) daripada Honda NSR SP dan single arm juga mungkin agak mainstream bila bicarakan tentang tingkat taraf suspensi belakang. Jadi untuk RS150R ini, ia menggunakan arm “banana” yang biasanya dilihat pada superbike besar.

Set lengan ayun RSV4 ini memerlukan kerja fabrikasi teliti untuk dimuatkan pada kerangka Y15ZR. Percubaan demi percubaan dibuat untuk menempatkan semuanya. Dari rim, cakera brek, angkup Brembo dan “hugger” termasuklah perehat kaki keratan CNC aluminium yang cukup cantik bila dipadankan pada sebuah underbone.

Kalau dilihat dari segi kualiti pemasangan memang kena akui, Thailand sangat kreatif dan teliti. Lihat sistem ekzos dengan kemasan titanium, penutup klac serta hos-hos getah yang digantikan dengan jenis braided. Antara tambahan lain yang dibuat ialah steering damper Ohlins untuk pastikan pautan bar hendal yang lebih stabil.

Di Bawah ini ada rujukan video serba ringkas mengenai Y15ZR ini.

SUMBER MOYC.COM

GALERI

 

Tags
Google ads
Back to top button