Buletin

VARIAN URUS BAHARU PECAH REKOD PIKES PEAK, 17.84 SAAT KALAHKAN BENTAYGA

Lamborghini bakal melancarkan varian baharu SUV Urus pada tahun ini, dan tiada lokasi lain yang lebih sesuai untuk membuktikan kekuatan sebenar jentera Lamborghini yang paling laris terjual itu, melainkan di Pikes Peak International Hill Climb.

Varian Urus yang telah ditala itu dikatakan mampu mengalahkan rekod yang dicatatkan oleh Bentley Bentayga pada tahun 2018 (10 minit 49.902 saat) dengan kelebihan masa 17.84 saat (10 minit 32.064 saat).

Biarpun masih sarat dengan pelekat samaran, varian baharu Lamborghini Urus itu dilihat bakal menampilkan penggayaan yang lebih agresif.

Menurut Lamborghini, nadi asal V8 4.0 liter turbo berkembar itu telah ditala semula dengan hamburan kuasa yang lebih bertenaga berbanding model standard, namun angka output masih lagi dirahsiakan buat masa ini.

Selain daripada itu, ia juga turut dilengkapi dengan sangkar keselamatan, abah-abah enam poin, serta tayar semi-slick Pirelli P Zero Trofeo R yang turut dibangunkan bersama oleh Lamborghini.

Varian baharu Urus ini akan diperkenalkan secara rasmi pada pertengahan Ogos ini.

Google ads
Back to top button