Artikel Pilihan

BMW XM GAGAL PECAHKAN REKOD LAMBORGHINI URUS AKIBAT KEMALANGAN – JANGAN USIK LEMBU GARANG BOH

Bertempat di Pikes Peak International Hill Climb minggu lepas, BMW cuba untuk memecahkan rekod SUV terpantas yang dipegang oleh Urus. Tapi tu lah, mak abang pun dah pesan dari dulu, jangan cuba-cuba nak usik lembu atau kerbau garang. Silap-silap kena tanduk weh. Itulah nasib yang menimpa BMW XM, bukan sahaja gagal pecahkan rekod Urus. Balik pun kena naik ambulan (flatbed).

BMW XM ni bukan calang-calang SUV sebenarnya. Versi Red Label contohnya mampu menghamburkan 738 hp kuasa dengan 997 Nm tork. Ia hasil janaan enjin V8 twin-turbo dan dibantu oleh motor elektrik.

Memang ia layak menjadi kuasa besar dalam dunia SUV berkuasa tinggi. Itulah yang cuba dicapai oleh BMW bila mereka menyasarkan pemegang rekod paling laju di sana, Lamborghini Urus. Lebih tepat lagi Urus Performante yang mencatatkan rekod tersebut tahun lepas dengan catatan masa 10:32.06 saat. Kena ingat, Urus tidak dibantu dengan motor elektrik, hanya enjin ICE sepenuhnya.

Selepas melakukan pemanasan badan dan sesi flex otot. XM Red Label dan pemandunya Matt Mullins segera memecut laju ke puncak bukit Pikes Peak. Namun hanya untuk 20 minit, bila pengacara mengumumkan yang XM tersebut mengalami kemalangan di pertengahan jalan. Ia menunjukkan kerosakan yang serius di bahagian hadapan dan cermin belakang pecah. Tiada sebarang maklum punca kejadian buat masa sekarang.

BMW dalam pengumuman mereka memberitahu yang mereka terlibat dalam kemalangan tetapi pemandu mereka dalam keadaan selamat. Mereka kini fokus untuk membaiki kembali jentera mereka akan akan mencuba lagi sekali musim panas akan datang.

Kekecewaan BMW sedikit terubat bila pemandu veteran Pikes Peak, Rhys Millen berjaya mencatat rekod terpantas kereta produksi dengan menggunakan BMW M8 dengan catatan masa 10:12 saat.

Bagi yang tak pernah mengikuti perlumbaan Pikes Peak ni, idaman semua pelumba terlibat ialah untuk membuat catatan masa bawah 10 minit dan Millen hampir berjaya mencapainya dengan menggunakan kereta produksi.

Haih dah lama tak bawa Escudo kesayangan abang dalam garaj GT2. Nak buka kotak jap lah.

Google ads
Back to top button