HONDA CR-V KINI HADIR DENGAN WARNA BAHARU – IGNITE RED METALLIC DAN METEOROID GRAY METALLIC
Honda Malaysia hari ini memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk SUV popularnya, CR-V untuk pasaran tempatan. Dua warna itu ialah merah (Ignite Red Metallic) dan kelabu metalik (Meteoroid Gray Metallic).
Kedua-kedua warna itu akan menggantikan warna merah mutiara (Passion Red Pearl) dan kelabu (Modern Steel Metallic) yang ditawarkan sebelum ini.
“Warna merah dan kelabu metalik baharu ini mendapat maklum balas positif daripada orang ramai sejak ia diperkenalkan pada model Honda seperti City, City Hatchback, Civic, BR-V dan HR-V. Accord juga ada ditawarkan dalam warna kelabu metalik.
“Kedua-duanya menjadi pilihan warna popular dengan Ignite Red Metallic menyumbang 18 peratus kepada jualan setiap model yang disebutkan tadi. Manakala warna Meteoroid Gray Metallic mewakili sekitar 24 peratus jualan setiap enam model Honda. Dengan CR-V menjadi model terbaru menerima warna ini, kami telah melengkapkan proses mengembangan warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic ke dalam rangkaian model Honda.
“Kami yakin ia akan meningkatkan lagi penampilan CR-V dan menarik minat mereka yang ingin memiliki sebuah SUV yang menawan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura.
Sejak dilancarkan pada tahun 2017, CR-V generasi ketujuh telah mencatat angka jualan yang memberangsangkan dengan lebih 63,000 unit. Model facelift yang diperkenalkan pada November 2020 menyumbang lebih 27,000 kepada jualan keseluruhan hingga ke hari ini.
CR-V juga menyumbang sebanyak 12 peratus daripada jualan keseluruhan Honda Malaysia dari Januari hingga Julai 2022.
Jentera berkenaan dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turboc yang mampu menjana 193PS dan tork 243Nm. Ia juga dilengkapi sistem keselamatan Honda SENSING untuk memberi ketenangan minda kepada pemiliknya.
CR-V hadir dalam empat varian iaitu 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD, 1.5L TC-P 4WD dan Black Edition.
Maklmat lanjut, sila kunjungi mana-mana daripada 102 pengedar sah Honda di seluruh negara, hubungi talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my