Buletin

PADA 2004 VAUXHALL VXR220 DIPERKENAL, ‘SEPUPU’ LOTUS ELISE

Gambar kereta sport yang dipaparkan di dalam artikel ini menggunakan nombor siri VXR-000 dan model pertama yang menggunakan jenama VXR dan menerajui pengenalan siri model sporti VXR yang bermula pada 2004.

Pada tahun 1999, Lotus telah memetari perjanjian bersama General Motors bagi pelaburan untuk model baharu.

Lotus perlu menggantikan Elise Series 1 dalam memenuhi piawaian peraturan pelanggaran baharu di Eropah.

Sebahagian daripada perjanjian itu ialah Lotus perlu membangunkan kereta sport Opel dan Vauxhall daripada casis Elise Series 2.

GM pada masa itu memiliki Opel dan Vauxhall dan daripada situ wujudnya hubung kait dua model sport Speedster dan VX220.

Speedster Concept pertama kali dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Geneva 1999.

Kedua-dua Opel Speedster dan Vauxhall VX220 dikeluarkan di kilang Lotus di Hethel dan dipasang di atas line pengeluaran sama dengan Elise.

Walaupun dibuat dan dipasang oleh Lotus, enjin dan banyak lagi komponen adalah berbeza.

Paling ketara Lotus menggunakan enjin 1.8L Rover K-series manakala Opel dan Vauxhall dijana enjin GM 2.2L Ecotec dan 2.0L turbo.

Pada 2003, Vauxhall memperkenalkan VX220 Turbo dengan enjin 2.0 liter berkuasa 197bhp dan tork 249Nm.

Daripada model itu terzahirlah VXR220 2.0L Family2 turbo dengan output kuasa 220hp.

Enjin tersebut menggunakan penapis udara free flow, pengecas turbo hibrid dan ECU yang diprogram semula.

Turut berbeza ialah lebih kapasiti penyejukan, perubahan pada ekzos, pelindung haba turbo dan undertray serta beberapa talaan semula yang kecil pada bahagian casis bagi menampung tambahan kuasa.

Prestasi pecutan dari 0 hingga 97 km/j iaah 4.2 saat dengan kelajuan maksimum 249 km/j.

Dengan prestasi tersebut, VXR220 lebih berkuasa berbanding Lotus Elise dan berbeza dari segi pengendalian.

Produksi kereta sport Opel dan Vauxhall kemudian ditamatkan pada 2005 setelah berada di pasaran sejak 2001. Dalam tempoh tersebut jualan Opel Speedster mencecah 7,207 unit.

Tags
Google ads
Back to top button