
CUBA JUAL KAWASAKI KR150 CURI DI LAMAN SOSIAL, SUSPEK DITAHAN POLIS
Seorang lelaki ditahan polis selepas cuba menjual sebuah motosikal curi di laman sosial di Jawa Barat, Indonesia.
Ketua Polis Daerah Ciamis, Komisioner Kanan Donny Eka Putra berkata, mangsa mendapat maklumat suspek telah menjual motosikalnya di Facebook sebelum menyamar sebagai pembeli.
Mangsa yang bekerjasama dengan polis kemudian mengatur pertemuan dengan suspek di sebuah stesen minyak pada jam 10 malam untuk membeli motosikal Kawasaki KR150 itu.
“Alhamdulillah, motosikal itu ditemui dan suspek berjaya diberkas,” katanya kepada Kompas.
Mangsa yang berusia 22 tahun dari daerah Tasikmalaya sebelum itu ada mengiklan untuk menjual Kawasaki Ninja KR150 miliknya di Facebook dengan penghantaran secara tunai kepada si pembeli.
Bagaimanapun, nasib malang menimpanya apabila suspek menghubungi mangsa. Dia yang berpura-pura menjadi pembeli telah meminta izin menunggang motosikal tersebut sebelum melarikan diri. “Mangsa kemudian membuat laporan polis sebaik kejadian,” katanya.
Suspek kini didakwa di bawah Artikel 378 dan atau Pasal 372 Kanun Jenayah kerana menipu yang boleh dikenakan hukuman penjara empat tahun. – Kompas
- BACA: MOTOSIKAL JURURAWAT KENA CURI, KAWASAKI GANTI DENGAN NINJA 400, EKZOS AKRAPOVIC
- BACA: KAWASAKI NINJA ZX-25R RACE EDITION. KHAS UNTUK ONE MAKE RACE DI JEPUN TAHUN DEPAN
- BACA: TMS 2019: KAWASAKI NINJA ZX-25R. SUPER SPORTS 250CC PALING BERKUASA DALAM KELASNYA
- BACA: KAWASAKI BELI HAKCIPTA SUPER MOPED MODENAS?