Buletin

VESPA GTS 300 HPE SUPER TECH. ENJIN HPE 23.5HP, SKRIN TFT, BERMULA RM33,300 SEUNIT

Didi Resources hari ini memperkenalkan Vespa GTS 300 HPE Super Tech yang merupakan model paling premium dalam keluarga GTS.

Harus tahu bahawa model tersebut nyata ditunggu ramai. Sehingga kini, 50 unit sudahpun ditempah oleh pelanggan. Jadi, jika membuat tempahan hari ini, anda hanya akan dapat skuter itu selepas Fabruari 2021.

Secara estetiknya, bahagian hadapan Vespa GTS 300 HPE Super Tech menerima rekaan baru yang lebih menarik. Kemasan kuning diberi pada penutup honda, penyerap hendak dan pelekat. Pelana pula dijahit dengan dua warna kontras.   

Jentera itu dipasang dengan lampu utama LED yang disepadukan bersama lampu nyalaan siang berbentuk bulat. Lampu belakang LED pula hadir dengan rekaan baru yang lebih segar.

Di bawah pelana, ruang yang ada boleh menempatkan barangan peribadi dan topi keledar. Satu port USB membolehkan anda mengecas peranti pintar dengan mudah.

Penggunaan besi pada badan memberikan rasa tungangan yang dinamik. Kestabilan tunggangan turut disumbang oleh rim bersaiz 12 inci.

Aspek keselamatan diserahkan kepasa sistem brek anti kunci (ABS) dengan cakera berkembar dan kawalan cengkaman elektronik (ASR).

Seperti namanya, jentera tersebut dilengkapi enjin baharu iaitu 300 HPE (High Performance Engine.

Enjin empat lejang silinder tunggal bersesaran 300cc dengan sistem penyejukan cecair dan pancitan bahan api elektronik itu menjadi enjin paling berkuasa pernah dipasang pada sebuah Vespa.

Ia mampu menjana kuasa 23.5hp dan tork 26Nm. Meningkat 12 dan 18 peratus berbanding enjin terdahulu. Peningkatan kuasa itu adalah hasil rekaan semula komponen dalaman enjin. Kelajuan maksimum pula dihadkan kepada 120 km/j sahaja.

Kuasa itu bagaimanapun tidak menjejaskan tahap penggunaan bahan api. Malah, enjin dan kotak gear CVT yang telah disemak semula itu menawarkan tunggangan yang lincah dan senyap.

Selain enjin, satu lagi ciri penting yang ada pada skuter itu ialah paparan skrin TFT bersaiz 4.3 inci. Ia boleh disambungkan dengan telefon pintar Android atau iOS menerusi aplikasi VESPA MIA menggunakan Bluetooth.

Sebaik sahaja disambungkan, skrin TFT akan memaparkan semua notifikasi seperti panggilan dan mesej. Penunggang juga boleh menjawab serta membatalkan panggilan, mendengar muzik dan sebagainya menerusi joystick yang ada pada hendal sebelah kiri.

Lebih menarik lagi, aplikasi tersebut boleh bertindak sebagai navigasi terutama ketika hendak mencari atau pergi ke pusat servis Vespa berhampiran. Panggilan ke pusat servis juga boleh dibuat secara langsung tanpa perlu mencarinya di internet.

Sama seperti model Vespa yang lain, Vespa GTS 300 HPE Super Tech hadir dengan pelbagai akseori original. Antaranya ialah kotak penyimpanan barang, rak barang depan belakang, cermin penghalang angin dalam warna jernih atau kelabu.

Vespa GTS 300 HPE Super Tech yang didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hitam boleh anda miliki pada harga bermula RM33,300 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button