Buletin

VESPA RACING SIXTIES GTS SUPER, SPRINT GAYA SPORTY 60-AN. HARGA BERMULA RM19,100

Pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resources Sdn. Bhd, memperkenalkan dua model edisi terbaharu di bawah tema Vespa Racing Sixties.

Vespa GTS Super 300 dan Vespa Sprint 150 Racing Sixties diangkat daripada Gentlemen Riders pada tahun 1960-an.

Menampilkan estetika paling klasik dan menggoda dalam dunia perlumbaan era 1960-an, model edisi khas terbaharu ini dijual bermula pada harga RM19,100 bagi Vespa Sprint 150 manakala Vespa GTS Super ialah RM31,400.

Didatangkan dengan dua warna menarik iaitu gandingan kuning dan hijau atau putih dan merah menyerlahkan lagi keperibadian klasik jentera ini.

Jalur perlumbaan dua tona yang menghiasi bahagian sisi dan hadapan skuter serta rim berwarna emas metalik menterjemahkan sentuhan sporty.

Model terbaharu ini turut didatangkan bersama tempat duduk serba baharu dengan balutan PVC untuk perlindungan cuaca dan memberi keselesaan kepada penunggang.

Kemasan lain pula hadir dalam warna hitam matte seperti komponen handel pemegang penumpang, tempat pemijak kaki, aturan lampu depan serta belakang, pelindung peredam, cermin pandang sisi, alas kluster instrumen dan pelindung perisai.

Vespa Sprint mendapat khidmat enjin 150 cc i-Get silinder tunggal manakala GTS Super pula dikuasakan enjin silinder tunggal empat lejang HPE 278 cc.

Selain itu, melengkapkan siri khas Vespa GTS Super dan Vespa Sprint Racing Sixties, pihak Didi Resources menawarkan promosi helmet, T-Shirt dan juga Sweater yang didatangkan dalam gandingan warna putih/merah atau hijau/kuning.

Tags
Google ads
Back to top button