Artikel Pilihan

VIDEO: ENJIN V8 INI DAH TENGGELAM AIR BANJIR SETAHUN, BARAI HABIS

Sekiranya anda sedang mencari kenderaan terpakai, maka anda wajib menonton video dimana salah seorang youtuber telah merakam bagaimana sebuah enjin V8 yang tenggelam dalam air banjir laut masin dalam satu tempoh yang lama. Pendek kata, tolong jangan beli kereta yang tenggelam dalam air banjir kerana kerosakan yang dialami mungkin di luar imiginasi anda.

Dalam video yang dihasilkan oleh Eric, sebuah Chevrolet Camaro dengan enjin LS1 V8 teah ditenggelami air sehingga ke paras bumbung. eric bercadang untuk membuka enjin tersebut dan mencari mana-mana komponen yang masih boleh digunakan dan dijual.

Chevrolet Camaro ini menggunakan enjin 5700cc V8 LS1 pushrod yang dibina daripada blok aloi aluminium dan enjin ini juga turut digunakan pada model Corvvette C5 serta Chevrolet GTO. Dalam keadaan standard dari kilang, enjin ini boleh menjana sehingga 300 ke 350 kuasa kuda dan 475Nm tork.

Enjin malang dan Chevrolet ini telah menemui ajalnua dan tenggelam disebabkan Hurricane Ian dan air laut telah terbiar berada dalam enjin selama setahun. Percubaan Eric untuk menghidupkan enjin ini gagal, mungkin disebabkan faktor enjin telah berkarat di bahagian dalaman

Apabila Eric cuba mengeluarkan minyak pelincir, hanya sedikit sahaja minyak enjin yang tinggal. Lebih malang lagi ketika enjin ini dileraikan, kebanyakan komponen telah berkarat, dalam keadaan yang teruk, rocker arm rosak akibat karat dan hanya injap ekzos sahaja yang berada dalam keadaan baik

Bahagian atas enjin dan piton juga telah dibanjiri air masin dan berkarat namun tiada rekahan yang ditemui pada piston. Disebabkan kebanyakan komponen sudah berkarat, adalah sukar untuk Eric membuka valve lifter daripada enjin.

Eric terpaksa menggunakan alat yang dipanggil sebagai harmonic balancer untuk membuka aci sesondol yang berkarat dan mendapati cam gear berada dalam keadaan teruk. Apabila aci engkol dibuka, Eric mendapati wrist pin telah terkunci menyebabkan enjin ini gagal dihidupkan.

Menurut Eric, salah satu cara untuk menyelamatkan enjin yang tenggelam banjir ialah dengan melakukan proses baik pulih secepat mungkin. Pendek kata kalau boleh elakkan terus daripada membeli kereta yang telah tenggelam banjir

Google ads
Back to top button