AION Y PLUS DILANCARKAN DI THAILAND, DUA VARIAN, JARAK GERAK 610KM, HARGA BERMULA RM139K
Aion GAC baru-baru ini melancarkan model luar negara pertamanya iaitu Aion Y Plus di Bangkok, Thailand.
Dua varian Aion Y Plus dilancarkan di Thailand iaitu 490 Elite dan 550 Ultra, berharga AS$29,900 (RM139,782) dan AS$36,300 (RM169,702).
Pengurus Besar GAC Aion, Gu Huinan berkata, jenama itu akan merealisasikan pengeluaran dan jualan setempat secara beransur-ansur di Thailand.
Tambahnya lagi, strategi tersebut bakal membantu Thailand mempercepatkan transformasi untuk menjadi hab kenderaan elektrik Asia Tenggara.
Berdasarkan platform elektrik tulen AEP 2.0, Aion Y Plus mempunyai ukuran dimensi 4,535/1,870/1,650mm dan jarak roda sepanjang 2,750mm.
Dari segi kuasa, model berkenaan dipacu oleh motor segerak magnet kekal yang berupaya menghamburkan 150 kW dan 225 Nm.
Model dikuasakan oleh pek bateri fosfat besi litium 63.98 kWh itu menawarkan jarak gerak sejauh 510km manakala bagi model dilengkapi pek bateri litium ternary 69.98 kWh menyediakan jarak gerak sehingga 610km.
- BACA: GAC BAKAL LANCAR SUPERCAR ELEKTRIK, 0-100 1.9 SAAT JE!
- BACA: JUALAN MENINGKAT, TETAPI PENGELUAR EV CHINA MASIH RUGI BESAR
- BACA: CHANGAN AUTOMOBILE LABUR RM1.3 BILION DI THAILAND, BINA KILANG PENGELUARAN EV PEMANDUAN KANAN
- BACA: INDONESIA ATASI THAILAND DAN MALAYSIA, CATAT REKOD JUALAN KERETA LEBIH 500,OOO UNIT