(VIDEO) PELUMBA HARAM SEBABKAN SATU KEMATIAN DAN CEDERAKAN LIMA YANG LAIN – PANAS JE HATI TENGOK
Sebagai peminat kereta motor kita memang sukakan kelajuan tapi pada masa yang sama otak kena pakai. Jangan ikut sesuka hati je nak memecut tanpa memikirkan nyawa sendiri dan orang lain. Video terbaru perlumbaan haram jalan raya di St. Louis, Amerika Syarikat menunjukkan secara jelas kenapa kita tidak seharusnya terlibat dalam perlumbaan haram.
Akibatnya seorang terbunuh dan empat lagi cedera akibat kebodohan pelumba-pelumba haram yang tidak memilih tempat untuk berlumba.
Kemalangan tersebut berlaku Isnin lepas sekitar jam 5.00 petang di utara St. Louis. Rakaman kamera di persimpangan jalan tersebut jelas menunjukkan kemalangan yang berlaku. Dua buah Ford Mustang yang sedang dipandu dengan laju memasuki persimpangan dari sebelah kiri semasa sebuah Chevrolet Cobalt sudah pun bergerak memasuki persimpangan.
Mustang berwarna putih berjaya mengelakkan Cobalt tersebut dengan mencelah di bahagian tetapi sebuah lagi Mustang berwarna merah menghentam pintu bahagian pemandu kereta mangsa. Kereta malang tersebut berpusing sebelum terbalik dalam keadaan yang cukup tragik. Mustang merah si samdol tu kemudiannya melanggar dua buah kereta lain yang diletakkan di tepi jalan sebelum berhenti sepenuhnya.
Kesemua empat penumpang Cobalt dibawa ke hospital tetapi pemandunya gagal diselamatkan. Samdol yang memandu Mustang turut dihantar ke hospital tetapi disahkan cuma mengalami kecederaan tangan. Seorang lagi mangsa dari kereta yang dilanggar turut dimasukkan ke hospital akibat kecederaan.
Pemandu Mustang putih? Lagi hampeh. Lari terus dan masih belum dapat dikesan oleh pihak polis. Alah mana sangat nak lari tu. Nasib baik kat Amerika sana kalau kat sini naya je leader-leader MLM dapat nama buruk. Kan?
Aksi yang dilakukan dua pemandu ini memang sangat tidak wajar dan telah mengakibatkan ada pihak yang menjadi korban. Memang kami pun minat dengan aksi drift ataupun perlumbaan ala Initial D mahu pun Fast & Furious tapi tu bukan alasan untuk melakukan aksi berbahaya dan menyusahkan ramai pihak. Tak berbaloi weh.
Siasatan masih dilakukan oleh pihak berkuasa di sana dan harap-harap hukuman kat sana lebih tegas berbanding di sebuah negara yang mana pesalahnya boleh ‘bermain’ facebook dengan bebas bagaikan kupu-kupu berterbangan.