Buletin

BMW PERKENAL M760i FINAL V12 EDITION. TANDA UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA ENJIN V12

Pengeluar kenderaan, BMW mengucapkan selamat tinggal kepada enjin V12 dengan pengenalan model edisi terhad M760i xDRIVE FINAL V12 di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Model terbaharu itu terhad kepada 12 unit sahaja dan dijual pada harga bermula AS$200,000 (RM836,960).

Ia akan mendapat sentuhan unik seperti logo V12 pada bahagian belakang, rim 20 inci Style 760M berwarna kelabu (Window Grey) atau hitam (Jet Black) manakala pada bahagian pintu tertera THE FINAL V12.

Selain itu, para pelanggan diberi pilihan untuk memilih warna BMW Individual kegemaran mereka serta kaliper brek berwarna biru atau hitam.

Ruang dalaman pula, menampilkan kemasan berwarna hitam pada bahagian kabin dan konsol tengah yang terdapat plak kenderaan 1 OF 12.

Para pelanggan juga diberi pilihan satu daripada lapan warna ruang dalaman untuk upholsteri kulit Merino.

M760i xDRIVE FINAL V12 dilengkapi enjin 6.6 liter V12 dengan dua turbocharge mono-scroll yang dipadankan transmisi automatik lapan kelajuan.

Ia mampu menjana kuasa mencecah 601 hp pada 5,500 hingga 6,500 rpm malah memecut 0-100 km/j dalam tempoh 3.6 saat.

Jentera terbaharu tersebut hadir dengan pakej Driving Assistance Professional, Luxury Rear Seating, bumbung panoramik LED, lampu utama LED dipadankan Laserlight dan sistem audio Bowers & Wilkins.

Setiap pembelian kenderaan edisi terhad itu akan didatangkan bersama trofi khas dilengkapi nombor pengenalan kenderaan bagi kereta yang ditempah para pelanggan.

Produksi M760i xDRIVE FINAL V12 akan bermula pada Jun tahun ini. – carscoops

Google ads
Back to top button