Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN ATLAS BASECAMP – MASANYA UNTUK BERAKSI LASAK

Volkswagen Atlas ini secara asasnya merupakan sebuah SUV bersaiz besar khusus untuk pasaran Amerika Syarikat. Kebiasannya, model SUV sebegini ditampilkan dengan imej yang mewah khusus untuk kegunaan Ketua Keluarga membawa ahli keluarga untuk ke sekolah mahu pun ke luar bersantai di hujung minggu di pusat membeli belah. Tapi yang ini merupakan sebuah model yang khusus

Volkswagen Atlas telah pun berada di pasaran semenjak sekitar tahun 2016 lagi. Ketika itu sasaran utamanya adalah pembeli yang inginkan sebuah kereta keluarga yang besar dan ingin lari dari jenama buatan Amerika Syarikat sendiri.

Tapi kali ini Volkswagen Atlas yang dikilangkan di Chattanooga, Tennessee ini hadir dengan pakej yang lebih rugged, sesuai untuk Ketua Keluarga yang berjiwa lasak dan kasar. Inilah dia Volkswagen Atlas Basecamp. Dengar nama pun berpadanan dengan imej yang ditampilkan.

Penampilan luaran SUV bersaiz besar ini dilengkapi dengan pelindung bampar depan dan belakang serta di bahagian bawah badan dengan kemasan Satin Silver. Menenggelamkan sedikit plastik body cladding yang berwarna hitam itu.

Rim Traverse MX yang bersaiz 17 itu kelihatan terlalu kecil apabila dipadankan pula dengan tayar jenis off-road yang tebal. Tapi itulah penampilan yang sepatutnya ada pada sebuah model off-road. Baru nampak rugged dan lasak lagi bergaya.

Kabin Volkswagen Atlas Basecamp ini sebenarnya masih lagi sama seperti model standard. Tiada perubahan. Masih mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk yang dibalut kulit berwarna coklat gelap bagi menampung perjalanan sekeluarga.

Kuasa untuk menggerakan Volkswagen ini masih lagi diserahkan kepada enjin yang bersesaran 3.6 liter V6 dengan kuasa maksimum 280 hp. Enjin yang cukup berkuasa ini dipadankan pula dengan kotak gear auto lapan kelajuan serta lengkap dengan pacuan semua roda. Barulah boleh meredah gurun di benua Amerika sana.

Untuk membeli model yang rugged ini, dijangkakan bakal berada di pasaran pada penghujung tahun ini. Itu pun kalau segala wabak yang berada di muka bumi ini selesai. Apatah lagi dengan situasi semasa yang masih lagi tidak menentu ini. Marilah kita semua pakat berdoa agar wabak Covid-19 ini segera berakhir. Jari Brader Karrager ni nak menaip artikel di papan kekunci pun kadang tak jumpa huruf dah. Haih!

BACA : VOLKSWAGEN ATLAS – SUV 7 TEMPAT DUDUK UNTUK PASARAN AS

BACA : VOLKSWAGEN TIGUAN 1.4TSI – ADA KUASA ADA GAYA/

Google ads
Back to top button