Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN BEEETLE CABRIOLET UNTUK DIJUAL – TAPI BUKAN BOLEH BELI PUN

Peminat kereta klasik terutamanya buat peminat jenama Volkswagen Beetle barangkali bergetar kepala lutut apabila melihatkan model yang satu ini. Ini bukanlah calang – calang punya Beetle. Beetle ini adalah merupakan varian Cabriolet, yang mana BK percaya model ini merupakan sebuah model yang cukup sukar untuk ditemui.

Umum serata dunia mengenali reka bentuk model Beetle yang seakan kumbang ini. Barangkali rekaan asasnya tidak begitu menarik. Namun ini adalah kereta untuk rakyat marhain di kala itu. Tapi itu bukanlah alasan buat seorang lelaki Wilhelm Karmann yang mengubah bentuk asal model Beetle yang telah dibelinya kepada sebuah model Convertible.

Selepas berjaya mempersembahkan kepada Volkswagen di Wolfsburg tentang model ini, barulah model produksi dibuat oleh firma Karmann bagi mewakili jenama Volkswagen pada tahun 1949. Khabarnya juga, sejumlah 330,281 unit model Volkswagen Beetle Cabriolet ini telah dihasilkan oleh Karmann yang mana tarikh akhir pengeluaran model ini adalah pada tanggal 10 Januari 1980.

Model yang kelihatan ini adalah diantara raturan ribu model keluarannya yang masih kelihatan hampir seperti baru lepas keluar kedai walau pun usianya sudah mencecah 50 tahun (model ini didaftarkan pada tahun 1973).

Barangkali kita boleh menduga bahawa kerja – kerja restorasi yang telah dilakukan bukanlah sembarangan untuk mendapatkan hasil dan kualiti sebegini. Luaran Volkswagen Beetle Cabriolet ini kelihatan cukup kemas apabila dilayangkan dengan warna lembut sebegini. Kelihatan juga bahagian besi yang disaluti krom juga masih kelihatan berkilat dan bersinar.

Bahagian tempat duduk juga kelihatan cukup menawan dengan balutan kulit baharu berwarna beige. Warna lembut yang senada di bahagian luar. Tapi bagi sebuah model cabriolet sebegini, perkara yang menjadi utama harus diberikan perhatian sudah tentulah kanvas penutup bahagian bumbung. Nampak macam elok lagi.

Trenkuasa untuk menggerakkan adalah enjin yang bersesaran 1600cc. Enjin dengan kotak gear manual ini mampu menghasilkan kuasa sekitar 49 HP (37 kW). Harus diingat, kereta sebegini tidaklah dipuaskan dengan hati pemilik dengan cara memandu / memecut laju di lampu isyarat. Sebaliknya, lagi perlahan, lagi ramailah mata yang memandang. Sambil angin sepoi sepoi bahasa meniup menembusi bahagian atas kepala, maka itulah kepuasan sebenar buat pemilikya.

Dan Volkswagen Beetle Cabriolet ini sedang dicari pemilik baharunya di Kota Singa. Harga yang ingin dilepaskan adalah sikit lagi nak cecah SD 100,000. Harga yang diminta SD 96,888 (RM 308,792). Nah kau. Urut dada dibuatnya dengar harga. Tapi kereta sebegini untuk mereka yang benar – benar punya duit dan tahu menghargai cinta sebenar sebuah cabriolet. Eceh!

Kredit Foto : Sgcarmart.com

BACA : TOYOTA COROLLA KE30 SINGAPURA UNTUK DIJUAL. URUT DADA BILA DAPAT TAHU HARGANYA

BACA : TOYOTA CELICA GT-FOUR UNTUK DIBELI – TAPI BELUM TENTU BOLEH BELI

Google ads

B K

Back to top button