Buletin

VOLKSWAGEN GOES ZERO

Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk membeli kenderaan Volkswagen kegemaran anda.

VW-Jetta-CKD-RM130,888-mekanika (17)

Sebabnya, Volkswagen Malaysia kini melancarkan kempen pembiayaan sifar faedah untuk rangkaian model Jetta, Golf 1.4, Passat dan Tiguan 1.4 mulai sekarang hingga Jun depan.

Tawaran menarik sifar faedah ini boleh didapati dalam dua skim pembiayaan iaitu  bayaran bulanan selama lima dan tujuh tahun yang pastinya fleksibel untuk kapasiti kewangan seseorang. 

Kempen ini selari dengan aspirasi Volkswagen untuk membolehkan lebih ramai pengguna dapat memiliki kenderaan dengan kejuruteraan Jerman.  

Volkswagen-Passat-facelift-Mekanika (2)

Model Bayaran bulanan selama 5 tahun Bayaran bulanan selama 7 tahun
Jetta RM2,099/sebulan RM1,499/sebulan
Golf 1.4 RM2,499/sebulan RM1,799/sebulan
Passat RM2,699/sebulan RM1,899/sebulan
Tiguan 1.4 RM2,899/sebulan RM2,099/sebulan

“Kempen ‘Sifar %’ adalah satu tawaran hebat kepada rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah kereta Volkswagen. Orang ramai harus mengambil kesempatan atas tawaran ini kerana kami mempunyai rangkaian penuh kenderaan yang boleh menepati apa jua gaya pemanduan, keperluan atau kecenderungan anda,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

VW-Tiguan-mekanika (2)

Sama ada anda mahu bergerak lebih jauh dengan Jetta yang menjimatkan, sebuah jentera berkuasa serta pantas seperti Golf R, sedan berprestasi terbaik dalam bentuk sebuah Passat atau mungkin anda memerlukan sebuah SUV yang sporty, versatil dan berkuasa seperti Tiguan, pilihan yang ada cukup luas!

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button