Buletin

VOLKSWAGEN GOLF R 2017 – 310PS, 100km/j HANYA 4.6 SAAT

Volkswagen dilapor menambah varian dalam keluarga Golf keluarannya di pasaran Eropah menerusi pengenalan model berprestasi tinggi R. Di samping model entry level dengan enjin 1.0 liter TSI dan  2.0 TDI 4MOTION.

Sama seperti model Golf 2017 yang telah dinaik taraf, semua jentera tersebut hadir bersama lampu belakang LED dan sistem infotaimen Composition Color baharu sebagai satu ciri standard.

vw-golf-r-2017-mekanika-5

Ia bagaimanapun tidak dipasang dengan pakej R-Line 2017 yang dikatakan membuatkan kereta itu nampak sangat menarik.  Bahagian hadapannya hadir dengan bampar yang telah disemak semula, bersama kemasan berwarna  hitam yang direka untuk kelihatan seperti sebuah jentera lumba.

BACA: VW LANJUTKAN JAMINAN JAMINAN KOTAK GEAR DSG 2 TAHUN LAGI

BACA: VOLKSWAGEN GROUP AKAN JUAL DUCATI?

Hadir dalam varian hatchback dan station wagon, Golf R ‘7.5’ yang masih ditawarkan dengan model tiga pintu di Eropah itu dikuasakan oleh enjin turbo empat silinder 2.0 liter.

vw-golf-r-2017-mekanika-2

Ia menjanjikan kuasa mencecah 310PS dan tork puncak 400Nm. Meningkat daripada  300PS dan tork 380Nm yang ditawarkan sebelum ini.

VW mendakwa Golf R hatchback mampu mencatat kelajuan 100km/j dalam masa hanya 4.6 saat. Pelanggan sudah boleh menempah jentera itu pada harga €40,675 (RM190,300) untuk varian manual dan €44,800 (RM209,600) dengan kotak gear DSG automatik tujuh kelajuan.

vw-golf-r-2017-mekanika-7

Dengan harga itu, Golf R menjadi salah satu hatchback paling mahal di sana. Pilihan opsyennya juga panjang. Pelanggan boleh memiliki Golf R berwarna kuning dengan menambah €715 (RM3,344).

Rim standard Nampak cantik. Tetapi jika anda ingin mendapatkan  rim bersiaz 19 inci seperti dalam gambar ini, sila tambah wang €815 (RM3,800) lagi.

Google ads
Back to top button