Buletin

LEXUS LX 600 URBAN CONCEPT, UBAH SUAI KEMAS ALA JDM!

Lexus LX adalah SUV mewah yang dikeluarkan sejak tahun 1995 dan kembar tidak serupa Toyota Land Cruiser. 

Identiti kedua-dua model terpisah dengan jelas di dalam generasi terbaru apabila LX 600 membawa posisi Lexus sebagai jenama mewah dan Land Cruiser J300 pula kekal dalam bentuk utilitarian.

Walaupun berbeza rupa, kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu sambutan yang begitu hangat hingga Lexus dan Toyota terpaksa menutup tempahan di Jepun.

Sebagai sebuah SUV mewah tidak bermakna LX 600 tidak boleh diubah suai dan ini yang dipamerkan oleh Lexus sempena SEMA 2022.

Jika DSPORT IS 600+ Project Build adalah sebuah Lexus IS IS 350 F SPORT yang diubah suai dengan ekstrem, LX 600 Urban Concept pula tampil ringkas seperti ubah suai JDM.

LX 600 Urban Concept asalnya adalah LX 600 F SPORT yang dipasang beberapa aksesori aftermarket dan disasarkan kepada pengguna di bandar.

Enjin masih standard seperti keluaran kilang iaitu V35A-FTS 3.4 liter petrol turbo berkembar yang menghasilkan 409 kuasa kuda (hp) pada 5,200 rpm dan tork 650 Nm dari 2,000 hingga 3,600 rpm.

Ubah suai yang dilakukan pada SUV ini boleh dilihat pada kit badan kemas dan ringkas dari Artisan Spirits dalam warna sama seperti badan dan gentian karbon terdedah.

Berbeza dengan varian lain, LX 600 F SPORT tidak menggunakan gril krom dan digantikan gril hitam dan nampak lebih sporti.

Lips, arka roda kembang, spoiler dan peresap belakang Artisan Spirits yang diperbuat daripada gentian karbon berjaya menaikkan imej kemas SUV ini.

Ekzos asal diganti dengan set Artisan Spirits Black Label Titanium dan menonjolkan sisi sporti.

Satu lagi komponen yang menonjolkan LX 600 Urban Concept ialah rim HRE 540 Series saiz 24 inci dalam warna Satin Bronze Center Finish dan hitam kilat pada bahagian bibir.

Badan kereta putih dan rim warna tembaga memang sepadan untuk mereka yang mencari idea ubah suai.

Roda tersebut dipadan dengan tayar Toyo Proxes ST III dalam saiz 285/40 R24.

Di sebalik roda dipasang brek Brembo B-M8 dalam warna hitam dan sepadan dengan konsep sederhana berbanding warna merah.

BACA: DSPORT IS 600+ PROJECT BUILD, 3.5L V6 N/A TUKAR 3.5L V6 TURBO!

BACA: LEXUS IS 2021 TAMPIL GARANG – PACUAN RWD DAN AWD

BACA: LEXUS UX – SUMBAT SEMUA TEKNOLOGI PADU

Google ads
Back to top button