Buletin

SKUTER HONDA PCX 150 BAKAL DIPASANG SISTEM VTEC – POWER NI!

Beberapa keping  imej paten yang bocor di internet menunjukkan bahawa Honda sedang membangunkan sistem VTEC (Variable Valve Timing and Lift Electronic Control) untuk skuter popularnya, PCX 150.

Diagram itu juga menunjukkan enjin selinder tunggal pada skuter tersebut akan menggunakan setup empat injap dan bukannya dua injap.

Sistem VTEC pada motosikal bukanlah perkara baru, cuma sebelum ini ia lebih tertumpu kepada jentera berkuasa tinggi seperti CB400. CB400 sudah menggunakan sistem VTEC untuk pasaran global sejak bertahun-tahun lamanya.

Jika imej paten diagram ini tepat dan VTEC PCX 150 memasuki pasaran, ia akan menjadi skuter bersesaran kecil yang pertama dilengkapi teknologi tersebut.  

Secara umumnya, VTEC berfungsi meningkatkan kecekapan enjin, mengurangkan penggunaan bahan api dan menambah baik prestasi.

Namun begitu, pengenalan VTEC pada skuter kecil bukanlah sesuatu yang baru. Ini kerana Yamaha NMAX 155 sudahpun menggunakan teknologi hampir sama iaitu VVA yang dilengkapi empat injap.

Google ads
Back to top button