Pandu Uji

PROTON PERDANA 2.4L – SEGMEN D PADA HARGA SEGMEN C

Umum maklum bahawa Proton Perdana baharu dibina di atas platform Honda Accord generasi kelapan. Biarpun tidak dibenar untuk menyentuh aspek mekanikalnya, pasukan jurutera dan pereka bentuk di Proton nampaknya berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan Proton Perdana memiliki karekter tersendiri.

Proton-Perdana-media-drive-2016-mekanika (6)

Melihat dari luaran, mereka berjaya melaksanakan tugas itu dengan cemerlang. Reka bentuk Perdana generasi kedua itu tampil lebih segar dan sporty. Jauh lebih menarik berbanding model platform asalnya.

Bahagian hadapan membawa falsafah rekaan Wing Design Proton, bersama gril lebar yang diapit oleh lampu utama berbentuk nipis, lampu DRL dan lampu isyarat membelok LED.

Proton-Perdana-media-drive-2016-mekanika (9)

Dari arah sisi, reka bentuk fastback pada Perdana memang menarik perhatian. Ia bukan sahaja nampak cantik, malah membantu dari segi aerodinamik. Biarpun dengan rekaan itu, ruang dalaman untuk penumpang belakang tetap luas dan selesa.

Bahagian belakang pula menyerlah dengan rekaan lampu yang baru untuk rangkaian model Proton. Ia kelihatan moden dan elegan, walaupun rekaannya tidak banyak berbeza dengan model Opel Insignia.

Proton-Perdana-media-drive-2016-mekanika (7)

 

Selepas dilancarkan secara rasmi pada Jun lalu, ini merupakan kali kedua saya berkesempatan memandu uji Perdana. Sesi pandu uji pertama yang diadakan di litar ujian Proton di Shah Alam, terlalu ringkas. Ditambah pula ketika itu hujan turun dengan lebatnya.

Jadi, peluang memandu uji Perdana dari Subang ke melalui laluan dalam merentas Negeri Sembilan sebelum sampai di Melaka baru-baru ini saya manfaatkan sepenuhnya. Secara asasnya, ini ialah sebuah Honda Accord. Jadi, anda tidak perlu bimbang dari segi kebolehpercayaan, kuasa atau penjimatan bahan apinya.

Proton-Perdana-media-drive-2016-mekanika (8)

Terdapat varian 2.0L dan 2.4L disediakan. Namun, saya hanya berpeluang memandu versi 2.4L. Dari segi kualiti pemanduan, model 2.4L lebih relaks.  Maksud saya, maklum balas pendikitnya lebih linear berbanding versi 2.0L. Ini membuatkan sedan tersebut lebih selesa untuk dinaiki sebagai penumpang belakang.

Enjin DOHC VTEC itu berupaya menjana kuasa mencecah 178hp @ 6,500rpm dengan tork maksimum 222Nm @ 4,300rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik lima kelajuan. Anda juga boleh menukar kedudukan gear secara manual menerusi paddle shifter yang disediakan.

Proton-Perdana-media-drive-2016-mekanika (10)

Di atas lebuh raya, sedan segmen D ini dapat meluncur dengan laju bersama tahap NVH yang memuaskan. Di laluan kampung yang lebih bengkang-bengkok, gabungan suspensi jenis double wishbone pada roda hadapan dan multilink di belakang menawarkan pengendalian yang mantap serta meyakinkan.

Dengan tempat duduk yang boleh dilaras secara elektrik, sesiapa sahaja boleh mendapat posisi pemanduan paling selesa. Bentangan papan pemukanya yang lebar memang Accord sepenuhnya.

Proton-Perdana-media-drive-2016-mekanika (2)

Terdapat dua skrin disediakan dengan skin di bawah corong pendingin hawa bertindak sebagai tempat anda mengawal fungsi audio, navigasi dan sebagainya.

Ada beberapa perkara yang saya tidak kurang gemar pada Perdana 2.4L. Pertama, skim warna beige pada ruang kabinnya. Walaupun ia memberi efek luas dan lebih mewah, tetapi ia juga lebih mudah kotor. Jadi, ia mungkin kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai anak-anak kecil. Lagi pun, padanan kemasan kayu itu kelihatan sedikit outdated.

Proton-Perdana-media-drive-2016-mekanika (4)

Kedua, Proton mungkin perlu menyemak semula sensor parkirnya. Ini kerana ia kadang kala berbunyi tak tentu pasal. Sedangkan tidak ada pun halangan di hadapan atau di belakang kereta. Memang boleh menggangu pemanduan.

Ketiga, ketiadaan butang untuk membuka but di belakang. Memang anda boleh membuka but menggunakan butang pada kunci atau tuil di bawah tempat duduk pemandu. Cuma, saya rasa seperti tidak cukup sifat pula dengan ketiadaan butang tersebut.

Proton-Perdana-media-drive-2016-mekanika (11)

Namun begitu, saya boleh katakan bahawa Perdana 2.4L ialah sebuah sedan yang lengkap, walaupun bukanlah sempurna. Apatah lagi dengan

Cuma mungkin persepsi terhadap jenama Proton yang membuatkan Perdana kekal menjadi model alternatif yang bagus. Bukannya pilihan langsung jika anda mempunyai RM138,888 untuk dilaburkan.

Google ads
Back to top button