Buletin

VOLVO V90 2017

Volvo rasmi mendedahkan model wagon Volvo V90 2017 di Stockholm, Sweden. Pengenalan model itu menyertai model SUV XC90.

Volvo-V90-2017-mekanika (7)

Wagon itu menggunakan platform sama seperti barisan siri model 90 yang lain iaitu Volvo Scalable Product Architecture (SPA) .

Bahagian jana kuasa akan ditawarkan dengan enjin T8 Twin petrol dan diesel. Kombinasi motor elektrik dan konsep plug in hibrid  mampu menggerakkan jentera hingga 50km.

Volvo-V90-2017-mekanika (6)

Menerusi konfigurasi itu dikatakan kuasa yang akan terhasil ialah 400hp.

Rekaan luarannya mengetengahkan kenderaan keluarga serbaguna. Kelihatan seperti gabungan rekaan Volvo XC90 dan Volvo S90 sebagai sedan premium Volvo.

Volvo-V90-2017-mekanika (4)

Malah, Volvo V90 2017 mengangkat sentuhan premium pada modelnya menerusi gabungan estetika, material dan kemasan terakhir yang terbaik.

Suasana canggih pada kabin semakin terserlah melalui tawaran beberapa peringkat ciri tertinggi dalam kelasnya. Konfigurasi kerusi barisan kedua yang boleh dilipat 40:60 mampu menawarkan ruang tambahan yang lebih luas.

Volvo-V90-2017-mekanika (8)

Bagi memberikan kesan mewah dan pencahayaan lebih baik, Volvo turut menawarkan bumbung panorama dan suria. Bukaannya sehingga ke penumpang belakang.

Volvo turut menawarkan Pilot Assist System. Sistem ini mengemudi stereng secara automatik. Ia mampu mengekalkan posisi kenderaan, membrek dengan sendiri bagi menetapkan jarak lebih selamat sekiranya terdapat kenderaan di hadapan dan memecut pada kelajuan yang ditetapkan sehingga 80mph.

Volvo-V90-2017-mekanika (1)

Kesimpulannya, kenderaan boleh dikemudi secara autopilot di lebuh raya.

“Kami memiliki posisi yang sangat kuat di segmen estate dan bangga untuk meneruskan warisan ini menerusi V90,” kata Presiden dan Chief Executive Volvo Cars, Hakan Samuelsson.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button