Motosikal

CAFE RACER SYM SB 300

Khabarnya pasaran Indonesia kini sedang merencana untuk membawa masuk model café racer keluaran Taiwan.

SYM SB 300 Cafe Racer ABS-mekanika (4)

Dikatakan SYM Indonesia merancang membawa untuk memperkenalkan  SYM SB 300 Cafe Racer ABS.

SYM SB 300 Cafe Racer ABS mula dipasarkan oleh SYM Taiwan sejak 27 Januari 2016.

SYM SB 300 Cafe Racer ABS-mekanika (2)

SYM SB 300 CR ABS memiliki penampilan klasik. Bahagian rangka mengggunakan tubular bagi menawarkan keselesaan saat ditunggang.

Di Taiwan, model café racer itu ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Dari segi dimensi, SYM SB 300 CR ABS memiliki panjang 2,030mm, lebar 80mm dan tinggi 1,090mm. Jarak rodanya ialah 1,345mm.

SYM SB 300 Cafe Racer ABS-mekanika (1)

Sementara bahagian mekanikal dipadankan dengan enjin silinder tunggal bersesaran 278,3cc. Kuasa yang mampu dihasilkan ialah 27hp.

Dipadankan dengan rim 17 inci, tayar hadapan bersaiz 110/70 dan belakang 140/70.

SYM SB 300 Cafe Racer ABS-mekanika (3)

Jenama SYM cukup terkenal dengan barisan model skuternya. Justeru itu, pihak SYM Indonesia masih dalam proses mempertimbangkan segmen baharu itu.

Sumber:dapurpacu

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button