Buletin

VPCM LANCAR KEMPEN SELEPAS JUALAN “WELCOME BACK”

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini mengumumkan kempen selepas jualan “Welcome Back”  khas untuk para pelangganna di bawah inisiatif Volkswagen Cares. 

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pemilik Volkswagen tidak dapat menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis kerana pusat 3S di seluruh negara ditutup.

Bagi memberi ketenangan minda kepada mereka, VPCM menjemput pelanggan untuk mendaftar dan menempah slot temu janji di laman web Volkswagen. Kemudian, kakitangan Volkswagen akan berhubung dengan anda untuk urusan selanjutnya. 

Temu janji tersebut mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas PKP ditamatkan. Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang tempoh ini akan menerima barangan Volkswagen secara percuma.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang belum menebus servis percuma dan bukan ahli Volkswagen Care Plus (VCP) layak menerima baucar minyak enjin tambahan bernilai RM50. 

Mereka yang memiliki kenderaan selama lima tahun digalakkan supaya menyertai progam VCP untuk menikmati manfaatnya. 

Untuk mendaftar dan membuat temu janji, layari laman web INI. Semua pemilik juga perlu memuat turun aplikasi Volkswagen Cares utuk menikmati kelebihannya.  

Google ads
Back to top button